FAKTA YANG MESTI DIKETAHUI OLEH RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA BAKAL JURUTERA PETROLEUM

Posted on February 20, 2010

0


(post asal di SINI)

GEGAR ROYALTI

FAKTA ROYALTI PETROLEUM KELANTAN[1]

A. KRONOLOGI

Pada tahun 1957,

semua negeri terbabit diundang untuk bergabung dalam Persekutuan Malaya. Perjanjian Persekutuan dimeterai, yang mana perjanjian itu menyatakan bahawa pertahanan, dasar luar negeri, keselamatan dalam negeri dan sebagainya adalah tanggung jawab kerajaan persekutuan. Pada masa yang sama, hal-hal lain seperti agama dan sumber alam berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Ini bererti bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah, air, mineral, balak dan apa sahaja yang dikeluarkan ataupun dijumpai dalam sesebuah negeri ataupun zon ekonominya adalah milik negeri berkenaan. Pada 1970-an, satu persidangan dunia diadakan dan persidangan bersetuju bahawa zon ekonomi setiap negara adalah dalam jarak 200 kilometer dari negara berkenaan.

Pada tahun 1963

Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak.[2]

Pada tahun 1972,

Malaysia menemukan petroleum – luar pesisir tetapi masih dalam zon ekonomi Terengganu. Ada pihak yang mengatakan bahawa petroleum sebenarnya dijumpai sebelum 1972 lagi. Tetapi kerajaan merahsiakannya kerana pada masa itu, Terengganu berada di bawah penguasaan pembangkang. Kerajaan persekutuan tahu bahawa disebabkan petroleum adalah sumber kerajaan negeri, maka Terengganu akan mendapat manfaat darinya, sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan.

Pada tahun 1974

Kerajaan persekutuan meluluskan akta yang mengubah status petroleum, iaitu dari sumber negeri kepada sumber nasional. Ini sememangnya suatu pelanggaran Perjanjian Persekutuan. Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak. Undang-undang ini dinamai Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan:

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletakhakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.

Untuk tujuan ini, sebuah syarikat minyak nasional ditubuhkan, iaitu Petroleum Nasional Berhad ataupun Petronas. Sebagai imbalannya, Petronas akan membayar peratusan dari pendapatan minyak kepada negeri-negeri yang berkenaan, seperti yang termaktub dalam Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974, iaitu:

Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

Dengan Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian [hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak] ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya [YBM Tengku Razaleigh Hamzah] telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.[3]

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu.[4]

Pada 9 Mei 1975

Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.

Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,

“Section 4. Cash payment by the Corporation.

In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”

Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.

Perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, YM Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun – dibayar tunai dua kali setahun – untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia.

Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.

Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut
sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu”[5]

Pada tahun 1976

Perjanjian ditandatangani antara Petronas dan SEMUA negeri di Malaysia. Orang yang menyusun Perjanjian ini adalah Peguam Cara Negara pada masa itu, iaitu Tun Salleh Abas. Perjanjian ini menyatakan bahawa setiap dan semua negeri di mana petroleum dijumpai akan dibayar 5% dari pendapatan dan pendapatan ini dipanggil ROYALTI.

Semenjak itu, Terengganu, Sabah dan Sarawak menikmati ROYALTI 5% dari Petronas

17 Januari 1977

Catitan Persidangan Parlimen mengenai PETRONAS-PERJALANAN PERKONGSIAN PENGELUARAN – Juma’at, 7 Januari 1977, Persidangan Dewan Negara;

1. Tuan Chua Ching Cheng (Melaka) (di bawah S. O.23 (2)) minta Perdana Menteri menyatakan :
(a) keputusan daripada perbincangan-perbincangan di antara PETRONAS dan beberapa syarikat minyak dan menghasilkan petroliam dalam kawasan Malaysia;
(b) berapakah syarikat (berikan nama-nama) telah menerima syarat-syarat
perjanjian yang dikemukakan oleh PETRONAS ;
(c) apakah syarat-syarat perjanjian itu.

Menteri Tak Rerpotfolio (Tan Sri Chong Hon Nyan) : Tuan Yang di-Pertua, berikutan dengan rundingan-rundingan yang telah diadakan di antara PETRONAS dan beberapa buah syarikat minyak, persetujuan muktamad telah dicapai dan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran telah ditandatangani di antara PETRONAS dengan :

(a) ……………………………………..
(b) Royalty dan Kos Pengeluaran

PETRONAS boleh mengambil 10% daripada jumlah keluaran untuk membayar royalty kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berkenaan, manakala syarikat carigali minyak yang berkenaan boleh mengambil tidak lebih daripada 20% daripada jumlah pengeluaran……”

Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak (Selangor):

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua,


Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggung jawab,mengikut Territorial Waters dan juga berkenaan dengan Continental Shelf yang mana dipakai berkenaan minyak ini, iaitu satu-satu Kerajaan Negeri misalnya, adakah kita mengikut iaitu Territorial Waters ini dipunyai oleh Kerajaan Negeri itu ataupun Continental Shelf lebih jauh lagi dipunyai oleh tiap-tiap Kerajaan Negeri. Adakah penentuan ini dibuat ataupun tidak.

Tuan Yang di-Pertua : Yang Berhormat Menteri hendak menjawab ataupun tidak,
atau hendak minta notis ?

Menteri Tak Berpotlio (Tan Sri Chong Hon Nyan) :

Tuan Yang di-Pertua, secara am sahaja saya menjawab tentang perkara ini. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum kita mengadakan satu Akta berkaitan dengan Continental Shelf dan kawasan Continental Shelf. Pengeluaran daripada Continental Shelf diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan tetapi kawasan di dalam Territorial Waters ialah 3 batu dari pantai. Kawasan itu ialah terpulang kepada negeri-negeri yang berkenaan. Dalam gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberi kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalty 10% itu dibahagi kepada kedua pihak (iaitu 5% Kerajaan Persekutuan dan 5% Kerajaan Ngeri seperti jawapan di atas yang dijawab pada persidangan yang sama, pada hari yang sama).

DEWAN NEGARA
25 April 1978

Ahli Dewan Negara bertanya Royalti PETRONAS di Sabah.

PENGELUARAN M1NYAK MENTAH

8. Datuk Haji Abdul Razak bin Husain (di bawah S.O. 23 (2)) minta Perdana Menteri
menyatakan berapa peratus hasil minyak daripada pengeluaran minyak di Sabah diberi
kepada Kerajaan Negeri Sabah semenjak pengeluaran dimulakan, dan jumlah pengeluaran minyak harian, bulanan serta tahunan sehingga akhir tahun 1977.

Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, mengikut perjanjian, Petronas dikehendaki
membayar sebanyak lima peratus daripada pengeluaran kasar minyak mentah di Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai royalti.

Tuan Yang di-Pertua , oleh kerana perkara minyak ini amatlah mustahak kepada rakyat jelata di negara kita ini, saya suka memberi maklumat tambahan sebagai makluman Ahliahli Y ang Berhormat di Dewan ini.

Bagi tempoh lhb April, 1975 hingga 3lhb Disember, 1977 jumlah royalti yang telah
dibayar kepada Kerajaan Negeri Sabah ialah $78,817,387. Mengikut Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) pembahagian hasil minyak adalah seperti berikut :

Jika katakanlah jumlah pengeluaran 100; daripada itu 10% minyak royalti iaitu
untuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri….”
Saya amat gembira Senator Tuan Chua Ching Cheng, Datuk Haji Abdul Razak bin Husain, Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak dan Menteri Tak Berportfolio, Tan Sri Chong Hon Nyan serta Perdana Menteri Tun Razak telah membantu menyelesaikan tuntutan Kelantan 32 tahun yang silam lagi.

Kedua-dua pengeluaran petroleum di kawasan territorial water dan continental shelf adalah termasuk dalam istilah offshore di mana semua negeri yang terdapat pengeluaran petroleum berhak mendapat bayaran 5% ke khazanah negeri tanpa sebarang syak lagi!

19 April 1989

Catitan Persidangan Parlimen.

Senator Hasan Harun – Lihat catitan persidangan DEWAN NEGARA , 9 APRIL 1989, halaman 993,994,995;

CARIGALI MINYAK DI KELANTAN

1. Tuan Hassan bin Harun( Kelantan) minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) benarkah usaha carigali minyak di pantai Kelantan telah berjaya

(c) apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh pendudukpenduduk tempatan berhubung dengan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam):
Tuan Yang di-Pertua, usaha mencarigali minyak dan gas di perairan negeri Kelantan belum lagi berjaya menemui minyak di dalam kuantiti yang komersial. Di dalam tahun tujuh puluhan, Syarikat Esso telah menggerudi dua telaga tetapi gagal menemui minyak.

Pada bulan Ogos, 1988, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Blok PM2, telah diserahkan pula kepada sebuah konsortium terdiri daripada Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali.

Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang ditandatangani dengan PETRONAS, konsortium ini akan membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencarigali di dalam tempoh tiga tahun dan menggerudi empat telaga rambang di kawasan ini, bermula pada penghujung tahun ini.
Jika minyak ditemui dalam kuantiti yang komersial, maka konsortium ini akan bertanggungjawab mengeluarkannya.

Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Pada November 1999

Terengganu jatuh semula ke tangan pembangkang

Beberapa bulan kemudian, yakni pada awal tahun 2000, kerajaan persekutuan membatalkan pembayaran ROYALTI kepada Terengganu. Ia digantikan dengan WANG EHSAN. Di samping itu, ia tidak dibayar kepada kerajaan negeri tetapi kepada UMNO, yakni di bawah kawalan Idris Jusoh.

Tindakan ini jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan juga Perjanjian tahun 1976 yang ditandatangani antara Petronas dan SEMUA negeri di Malaysia.

Pada 2004

Pada tahun 2004, Terengganu jatuh semula ke tangan UMNO dan Idris Jusoh dilantik sebagai Menteri Besar. Walau bagaimanapun, ROYALTI tetap tidak dibayar kepada Terengganu. Kerajaan persekutuan terus membayar WANG EHSAN, yang mana Jabatan Perdana Menteri menguruskannya dan memutuskan apa yang harus dilakukan dengannya. Walaupun ia adalah milik kerajaan negeri, cara wang itu dibelanjakan ditentukan oleh Perdana Menteri dan bukan kerajaan Terengganu.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.

Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.

Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu (2008), Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.

Pada 3 Mei 2005

Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,

“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”

Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.

Petikan Berita Dalam Majalah Offshore

Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.

Kenyataan Media Hess

16 Mac 2009

Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri danJabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.

Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.

Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia

Pada 28 Jun 2009

Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.

Kenyataan Media Mustapha Mohamed


[1] Disusunatur oleh Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) – Disember 2009

[2] PETIKAN SURAT YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dihantar kepada YAB Menteri Besar Kelantan bertarikh 30 Julai 2009

[3] PETIKAN SURAT YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dihantar kepada YAB Menteri Besar Kelantan bertarikh 30 Julai 2009

[4] PETIKAN SURAT YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dihantar kepada YAB Menteri Besar Kelantan bertarikh 30 Julai 2009

[5] PETIKAN SURAT YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dihantar kepada YAB Menteri Besar Kelantan bertarikh 30 Julai 2009

Posted in: Uncategorized