Sudah lebih kurang sejam saya duduk di depan PC, selepas membuat sedikit ulang kaji untuk subjek Engineers in Society. Bila di buka email, ada satu email, dari kawan saya berkenaan dengan kisah semut, cerita ini sangat menarik, yang saya rasa pengajaran yang terdpat dalam cerita tersebut sangat jelas. Namun cerita ini adalah berkisar dengan dosa zina. Tapi saya kira, kalau kita ‘convert’ zina tersebut jadi judi, sedap juga, kerana pengajarannya tetap sama. Mari baca sampai habis kisah semut, kemudian anda cuba tukar zina tadi jadi judi.
www.iluvislam.com
Julieza_Hayati
Editor:n13@m
Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?
Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.
Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.
Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.
Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga (bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).
Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)
Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.
Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).
Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?(tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)
Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.
Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?
Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.
Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?
Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).
Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).
Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).
Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.
Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??
Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.
Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?
Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.
Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.
Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.








erma
May 22, 2010
besar peranannya.Tidak mahu mengundi lah kalau begini.
Tidak berharaki serta tidak berpolitik lagi elok kalau begitu
A.Alizul
May 22, 2010
to erna
kalau tak mngundi lagi bahaya, sbb kondisi kat msia ni memerlukan kpd undi dalam menegakkan agama Islam
Msia mempraktikkan sistem pilihanraya jika nak berkuasa, jadi dalam usaha utk menjadikan Islam sebagai asas rujukan kepada si penguasa secara total, nak tak nak, kena juga untuk mendapatkan kuasa, dan cara untuk mendapatkan kuasa adalah melalui pilihanraya (kondisi di Msia)
dan untuk menang, kena ada sokongan (undi) dari rakyat, dan kefahaman untuk mengundi pihak atau parti yang ingin menegakkan Islam inilah yang perlu di terapkan oleh aktivis2 PAS.
Perlu diingatkan, Tidak ada paksaan untuk masuk ke dalam agama Islam, namun perlu utk setiap orang Islam menerangkan dengan telus tentang keindahan Islam kpd orang2 bukan Islam, dan orang2 bukan Islam berhak utk menerima atau menolak Islam, namun kpd orang Islam, kita kena lah mengikuti ajaran Islam sepenuhnya
dengan konsep ini, tidak timbul isu rakyat bukan Islam akan di khatankan apabila wujud negara Islam, tidak timbul isu kampua mee (maaf kalau salah sebut) bakal di tiadakan kalau wujud negara Islam dan sebagainya…
jadi saya harap erna faham betapa pentingnya satu2 undi tersebut dalam ke arah pembentukan negara Islam bagi mengajak semua manusia ke arah Allah SWT, mengikut kondisi msia…
P/S: walaupun tak menang, at least kita sudah mengundi yang selayaknya, insya Allah dah selesai dah tanggungjawab kita…