Perjumpaan rasmi antara EMS 2010 dan MPPUTP salah satu langkah dalam melahirkan graduan serba boleh

Posted on February 3, 2010

1


Nur Farahin Mahadi, PM EMS 2010

Satu perjumpaan rasmi antara pihak Event Management Seminar 2010 (EMS 2010) dan juga wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (MPPUTP)  telah diadakan pada malam tadi. Pihak EMS 2010 yang diketuai oleh Saudari Nur Farahin Mahadi telah disambut dengan ceria oleh pihak MPPUTP di pejabat rasmi MPPUTP bertempat di Village 2, UTP. Pelbagai agenda dan isu yang telah dibincangkan yang melibatkan kedua-dua belah pihak.

“EMS kali ini, insya Allah akan disertai oleh beberapa buah universiti di seluruh tanah air, malahan terdapat beberapa speaker yang didatangkan khas dari PETRONAS bagi menjayakan EMS kali ini”, ujar Nur Farahin selaku Pengurus Projek EMS 2010.

“Kami mensasarkan bahawa EMS kali ini adalah EMS yang terbesar dan Insya Allah akan memberikan pengalaman yang sangat berguna bukan sahaja kepada peserta, malah kepada pihak penganjur itu sendiri”, tambah beliau lagi.

Muhammad Hanif, Presiden MPPUTP

Sehubungan dengan itu, presiden MPPUTP, Muhammad Haniff Humam menyatakan sokongan penuh kepada pihak penganjur yang mana terdiri daripada ahli kelab MEDTECH UTP. “Bagi pihak MPPUTP, kami mengharapkan agar usaha-usaha sebegini akan dapat diteruskan dari masa ke masa, bagi menghasilkan graduan yang berkualiti, bukan setakat di bidang akademik, malah di bidang ko-kurikulum”

Muhammad Haniff yang juga mantan Setiausaha 1 MPPTUP bagi sesi 2007/2008 menegaskan bahawa MPPUTP akan sentiasa peka dan berusaha menyediakan yang terbaik kepada masyarakat UTP. Sebelum mengakhiri perjumpaan tersebut, Nur Farahin sempat berseloroh mempromosikan EMS kepada MPPUTP kerana masih belum terlambat untuk mendaftar sebagai peserta (klik di SINI bagi butiran lanjut mengenai EMS2010).  Di akhir sesi perjumpaan ini, Muhammad Haniff berharap agar kerjasama dua hala antara MPPUTP dan MEDTECH akan sentiasa berkekalan dalam melahirkan graduan UTP yang serba boleh.-A.Alizul



EMS2010 dan MPPUTP

Posted in: Uncategorized