Adakah parti-parti berteraskan perkauman masih relevan pada hari ini?

Posted on February 4, 2010

0


Saya masih teringat akan soalan Final Exam bagi subjek Malaysian Studies yang saya ambil lebih kurang 2 tahun yang lepas. Salah satu soalannya, adakah parti-parti berteraskan perkauman masih relevan?

Begitulah juga dengan entri saya yang terbaru, Masih relevankah parti-parti yang berteraskan perkauman?

UMNO, MIC, MCA? saya lihat ini adalah seperti satu unsur perpecahan, bukan kesepaduan. Agak tidak kena dengan konsep 1 Malaysia pada pandangan saya selagi mana masih terdapat belenggu antara kaum. Mungkin pihak-pihak terbabit akan bermati-matian menafikan perkara ini. Namun bila dilihat, usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dengan pengenalan terhadap konsep 1 Malaysia agak berlawanan dengan kehadiran parti-parti yang berteraskan perkauman ini. Agak berlawanan. Umpama minyak dengan air yang cuba di satukan di dalam 1 bekas. Memang bersatu, namun masih nampak perbezaannya, kerana air tidak dapat bersatu dengan air sepenuhnya di sebabkan oleh ketumpatan yang berbeza.

Saya mengagumi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana parti ini adalah berteraskan Islam, tanpa mengira kaum. PAS menjadikan Islam sebagai terasnya, kerana Islam adalah sebuah cara hidup yang sangat lengkap dan diredhai oleh Allah, khusus buat manusia.

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.

Mungkin orang akan kata, PAS ni racist juga, untuk orang melayu. Mungkin saja boleh berlaku. Tapi, adakah anda kenal Drs Idham Lim, seorang ADUN dari PAS, yang BUKAN MELAYU. Menjadi ADUN Titi Serong melalui tiket PAS. TG Nik Abdul Aziz pernah menyatakan,”bangsa Cina yang beriman kepada Allah tidak menjadi kesalahan dilantik sebagai pemimpin, memandangkan pemikiran mereka sudah lama maju ke hadapan..”

Mungkin masa untuk perubahan telah tiba. Tiada lagi belenggu perkauman. Nabi dulu mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj setibanya baginda di Makkah, menyatukan 2 kaum yang berbeza di bawah satu akidah. Nampak di situ perkauman ini tiada nilai di dalam Islam. Kaum-kaum yang berbeza diciptakan oleh Nya untuk manusia saling berkenalan. Apa yang penting di sisi Allah adalah ketaqwaan kepadaNya, tak kira lah dia tu melayu, cina, india, iban, kadazan dan sebagainya. Kalau pun dia itu melayu, tapi huduh perangainya, cacat amalnya, ingkar kepada perintahNya, suka nak buat laranganNya, maka HAMPEH lah dia..hampeh lah dia jika dibandingkan dengan orang Cina atau India atau Iban atau Kadazan hatta Orang Asli yang kuat beribadah kepada Allah, patuh kepada segala suruhan Allah, meninggalkan larangan Allah dan menegakkan syiar Islam di atas muka bumi ini.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kami di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu” Al-Hujuraat ayat 13

sekadar selingan, mungkin satu teladan yang harus dijadikan sempadan, janganlah cuba untuk mencetuskan keadaan yang tidak harmoni, khasnya di Malaysia yang terkenal dengan keharmonian hidup di dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Dan juga diselitkan dengan kisah yang boleh dijadikan tauladan dan ikutan, dalam memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama.

*Sumber gambar malaysiakini

Pegawai Khas PM, Datuk Nasir Safar meletakkan jawatan kerana ucapannya yang berbau racist semasa berucap pada seminar ‘1Malaysia’ di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Datuk Nasir Safar telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.

Baguslah kalau dia sedar kesilapannya sendiri dan meletakkan jawatan. Macam mana orang kuat PM sendiri tak hayati konsep 1Malaysia bossnya sendiri?

Semakin lama kita merdeka, semakin banyak timbul isu perkauman ni.

Akhir tahun lalu, dunia facebook Malaysia digemparkan dengan perbualan di wall facebook seorang pelajar yang berbentuk racis juga. Isu tersebut masih hangat di Facebook walau pun pelajar tersebut telah meminta maaf secara terbuka.

di salin semula dari http://www.isuhangat.net/2010/02/02/jangan-rasis-la-wei/#more-791

KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.

Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.

Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan ‘God’ dalam Bahasa Inggeris.

Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling Jaya, Selangor.

PAS telah mengambil sikap ‘Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam’.

Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu.

Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno.

Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik.

Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan Harakahdaily, Nik Aziz berharap, selepas pertemuan ini, “Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini.”

di salin dari http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24572:nik-aziz-jadi-hos-200-pemimpin-agama-makan-tengahari-bersama&catid=1:utama&Itemid=50

p/s: try la sekali bagi peluang kat PAS untuk memerintah negara..ada berani? Mari mengundi..oppss…yang belum mendaftar mengundi, cepat mendaftar sebelum terlambat

Posted in: Uncategorized