Facebook

Posted on February 7, 2010

0


Memiliki akaun laman sosial seperti facebook sudah menjadi seperti satu keperluan kepada pengguna internet. Banyak kemudahan-kemudahan yang telah disediakan menerusi facebook. Kalau dulu, ada nya laman Friendster dan MySpace, tapi kini,kelihatan seperti Facebook jauh mendahului kedua-dua laman tersebut, yang mana satu ketika dahulu pernah menjadi satu akaun yang wajib ada bagi pengguna internet.

Facebook kini bukan sahaja dimiliki oleh pengguna internet perseorangan, malah agensi-agensi, kelab-kelab hatta syarikat akhbar juga memiliki akaun Facebook mereka. Adakah Facebook akan mewujudkan satu gelombang baru sebagai ejen sebaran maklumat masa kini?

Kini semakin terbukti bahawa dunia internet semakin luas dan luas, dan menjadi tumpuan untuk pencarian maklumat, mendahului televisyen apatah lagi radio. Mungkin ia akan memberikan impak yang besar kepada pilihanraya yang akan datang sepertimana dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan tsunami politik pada mac 2008 yang lalu juga adalah disebabkan oleh gelombang sebaran maklumat menerusi dunia internet.

p/s: Sumber-sumber beritapun ada akaun Facebook, syabas

Posted in: Social