Nizar vs Zambry

Posted on February 7, 2010

1


9 Februari 2010, satu tarikh dimana mahkamah persekutuan akan memutuskan siapakah MB Perak yang sah. Adakah DS Nizar atau Dr Zambry? Banyak reaksi-reaksi dari pelbagai pihak telah ditemukan berkenaan dengan isu ini. Sungguh panas keadaannya kalau diimbau kembali rentetan peristiwa ‘rampasan kuasa’ seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Bermula dari kehilangan 3 orang ADUN, dan diakhiri dengan perlantikan Dr Zambry sebagai MB Perak yang baru, menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DS Nizar. Pelbagai dakwaan sering didengari, DS Nizar yang sepatutnya mengisi kerusi MB, Dr Zambry yang selayaknya, dan banyak lagi dakwaan-dakwaan yang kadang kala melucukan. Kisah 3 orang ADUN yang telah berpaling tadah dari parti masing-masing juga telah memberikan idea kepada industri komik yang baru, dengan lahirnya 2 komik yang agak menarik untuk dibaca bagi yang inginkan kelainan dari komik-komik yang ada pada hari ini. Marilah kita tunggu apakah keputusannya nanti, semoga yang benar akan mendapat haknya, dan yang menipu akan mendapat balasannya, dan kepada hakim-hakim yang terlibat, adili dengan seadil-adilnya, kalau anda tidak berlaku adil, tunggulah balasan yang sangat pedih yang dijanjikan oleh Nya. Mari tengok gambar-gambar yang menarik berkenaan dengan siri rampasan kuasa di Perak.

Tegas pada pendirian

Belot?

Pencetus kemelut politik Perak?

Bagaimanakah nasib beliau?

Berjiwa besar dan cekal

Komik alternatif

Keluaran kedua