Suami, Isteri dan kahwin

Posted on February 9, 2010

0


Musim cuti sekolah yang lepas (hujung bulan disember 2009), saya mendapat banyak undangan ke majlis perkahwinan. Kadang-kadang sampai 2 hingga 3 jemputan sehari.

“isk3..ramai jugak kawan aku yang dah kahwin, aku bila lagi? Tape la, ada banyak masa lagi, makan dulu la, nyum3”, kedengaran suara dengusan di dalam hati.

Tapi itu bukan persoalannya. Persoalannya di sini, adakah si suami faham akan bahasa si isteri? Tidak di nafikan suami memang faham bahasa isteri, kalau tidak masakan mereka boleh berkahwin. Bahasa yang saya maksudkan bukanlah bahasa komunikasi, seperti bahasa melayu, mandarin atau tamil tetapi ini adalah bahasa karakteristik atau bahasa sifat (mengikut pengertian saya).

Macam mana tu?

Merujuk kepada salah satu artikel yang di hantar ke email saya..

“Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan”

Bahasa sifat yang mungkin si suami tidak faham, saya bagi contoh, mungkin sekiranya si isteri mukanya kelihatan masam sekembalinya dari kerja. Si suami boleh jadi menganggap si isteri baru sahaja bergaduh dengan rakan sepejabat, atau mungkin menganggap isterinya baru sahaja disaman polis, lalu beranggapan bahawa tidak perlu si suami menolong kerana difikirkan si isteri mampu mengatasi masalah tersebut.

Tetapi siapa tahu, mungkin si isteri sudah lama tidak mendapat perhatian kasih sayang dari suami, lalu berpura-pura merajuk bagi mendapatkan perhatian atau kasih sayang dari suaminya?

Nah, inilah dia bahasa sifat yang saya lihat perlu ada pada suami-suami mahupun bakal suami. Itu mungkin hanya pada pandangan saya selaku seorang lelaki yang tidak diketahui lagi bilakah akan bakal menjadi seorang suami.

Apa-apa pun, mari kita melawat laman ini untuk artikel yang penuh. Selamat berkahwin kepada yang bakal berkahwin!!

A.Alizul: pergi majlis perkahwinan seronok, sebab dapat makan free…

Posted in: Keluarga