Update about Perak MB crisis..ver.1

Posted on February 9, 2010

0


(copied from idhamlim.blogspot.com)

09 Februari 2010

Terkini 9.22 am : Mesyuarat Exco Kerajaan Kudeta di KL esok??

Menurut maklumat yang baru saya dapat, satu mesyuarat Exco Kerajaan Kudeta akan diadakan di Kuala Lumpur esok. Mengikut maklumat yang diterima, segala bahan dan mesyuarat telah dibawa ke KL.

Sekiranya maklumat ini benar, adakah keputusan pada hari ini lebih dahulu diketahui oleh Pihak BN??????

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:25 AM

09 Februari 2010

Terkini 9.20 am : Solat hajat di hadapan Mahkamah

Sekumpulan hampir 50 orang penyokong Pakatan Rakyat sedang mengerjakan sembahyang hajat berjemaah dihadapan mahkamah dengan diimamkan oleh Ust. Nor Azli Musa.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:22 AM

09 Februari 2010

Terkini 9.15 am : Nizar sampai dengan laungan ‘Hidup Rakyat dan Bubar Dun’

Laungan ‘Hidup Rakyat dan Bubar DUN’ mengiringi ketibaan Ds. Nizar sebentar tadi.

Suasana kecoh apabila provokasi cuba dilakukan oleh remaja berbaju kuning dengan laungan ‘Daulat Tuanku’.

Setakat ini setelah Ds.Nizar masuk ke dalam keadaan masih terkawal.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:16 AM

09 Februari 2010

Terkini 9.00 am : Keadaan dalam kamar bicara

Ada 10 ADUN BN VIP duduk di kerusi hadapan, dan tidak ada seorang pun ADUN PR yang memperolehi pas masuk.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:16 AM

09 Februari 2010

Terkini 8.45 am : Kamar bicara mula dibuka

Orang awam dan media dibenarkan masuk ke kamar, ADUN dan penyokong BN mula memenuhi seat VIP. Hampir kesemua kad masuk diperolehi oleh orang BN. Harap ramai penyokong PR diluar.

Bayangkan sebesar ruang lobi Mahkamah yang boleh memuatkan 1,000 orang tidak dibenarkan orang lebih ramai masuk.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:10 AM

09 Februari 2010

Terkini 8.44 am : Mahkamah hanya membenarkan 35 orang awam dan 25 media masuk

Orang awam dan media masih di lobby, gate untuk ke atas kamar diblock..TAPI YB dan penyokong Kerajaan Haram (KH) dibenarkan naik.. dimaklumkan 8.45 kamar dibuka..

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:53 AM

09 Februari 2010

Terkini 8.40 am : Kebanyakkan berada di dalam adalah ADUN BN

Ramai YB Kerajaan Haram berada didalam..kedengaran Amidah ular mengatakan kepada saya “Khalil turun pangkat jadi media”. Tak apalah Midah, apa pun ok, asal jangan buat keje yang tidak betul. Macam hari ini semua jadi susah kerana kerja haram BN rampas kuasa di Perak.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:52 AM

09 Februari 2010

Terkini 8.30 am : Remaja berbaju kuning bertulis Daulat Tuanku, adakah mereka pelajar sekolah ??

Sekitar 50 orang lebih remaja belasan tahun dengan baju seragam kuning dengan tulisan ‘Daulat Tuanku’. Mereka semacam pelajar sekolah ??

Tentunya mereka datang bukan percuma dan mendapat habuan dari pihak tertentu.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:49 AM

09 Februari 2010

Terkini 8.00 am : Saya gagal untuk dapatkan pas masuk

Walaupun agak awal datang saya cuba berbaris dengan rakan media untuk mendapatkan pas masuk,barisan yang lain dikalangan orang awam dan kebanyakkannya ADUN BN.

Peraturan yang ketat pada hari ini menyebabkan saya tidak dibenarkan untuk mendapat pas masuk. Barisan yang saya tunggu hanya mereka dikalangan rakan media yang ada senarai nama yang diserahkan lebih awal.

Namun saya mendapat bantuan dari seorang rakan yang memperolehi kad, katanya dia berbaris sejak jam 7.00 pagi lagi.

Segala maklumat akan disalurkan kepada saya dan akan dihantar ke blog bagi tatapan umum.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:35 AM

09 Februari 2010

Terkini 7.46 am : Rombongan PAS Lenggong sampai

Jam 7.40 minit tadi rombongan dari PAS Lenggong seramai 35 orang yang menaiki bas sampai di Mahkamah. Mereka menaiki bas dengan bayaran cuma RM10 seorang. Mereka berangkat dari Lenggong jam 12.30 malam tadi.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:28 AM

09 Februari 2010

Terkini 7.35 am : Orang Awam juga ramai kelihatan

Disamping rakan media dan pemerhati lain, namun kelihatan mula sampai orang-orang awam yang juga datang untuk mendengar sama keputusan yang akan diumumkan pada hari ini.

09 Februari 2010

Terkini 7.30 am : Suasana di hadapan pintu utama masuk mahkamah

PUTRAJAYA : Keadaan pintu utama masuk ke mahkamah Putrajaya mula ramai dikalangan rakan media yang menunggu awal dan dikalangan ADUN.

Saya mungkin ADUN Pakatan Rakyat yang pertama datang,namun kelihatan sekitar 4 ADUN BN yang hadir awal termasuk Ganesan.

Saya berbaris bersama dengan rakan media dan menunggu untuk mengambil pas masuk sebagai memenuhi prosuder biasa untuk masuk mengikuti proses pengumumam keputusan kes MB Perak pada hari ini.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:18 AM

09 Februari 2010

Lintas langsung dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya

25 Safar 1431H.

Saya akan berada di mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini bersama-sama dengan DS. Nizar serta ADUN yang lain. Selain itu saya jangkakan ramai kepimpinan PAS yang akan hadir. Bagi Negeri Perak antara yang memberi pengesahan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ust. Abu Bakar Hussain.

Selain itu sejak kelmarin Bas yang disediakan oleh PAS Perak sebanyak 4 buah telah penuh disisi dan disamping itu terdapat lagi beberapa buah bas yang dikendalikan oleh PAS kawasan.

Komponen lain dalam Pakatan Rakyat Perak iaitu PKR dan DAP dimaklumkan juga menyediakan bas percuma untuk ahlinya. Jumlahnya tidak dapat disahkan.

Gelombang penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dan para pemerhati untuk hadir di Putrajaya pada hari ini saya yakin memberangsangkan. Berdasarkan SMS dan talifon yang saya terima, saya jangka jumlah kehadiran pada hari ini adalah jumlah yang teramai dalam perbicaraan kes Perak yang mencuti banyak perhatian banyak pihak.

Semuga pakatan Rakyat Perak sekali lagi diberi peluang untuk menerahui kerajaan negeri dengan keputusan yang akan diumumkan pada jam 9.30 pagi ini.

Jumpa di sana.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 5:12 AM