Mendaftar Mengundi (MM)

Posted on February 10, 2010

0


di antara parti-parti politik yang tidak asing lagi di Malaysia

Ramai antara kita yang mungkin menjadikan isu-isu politik semasa sebagai perbualan harian hinggakan ada yang bergaduh dan bermasam muka walaupun telah berkawan sejak dari kecil lagi.

Namun, terdapat segolongan dari mereka masih lagi tidak MEMPUNYAI SEBARANG AUTORITI untuk membicarakan hal tersebut?

Apa yang saya maksudkan dengan autoriti ini?

adakah perlu untuk kita mendaftar sebagai ahli bagi mana-mana parti politik sudah dianggap ber-autoriti?

atau adakah cukup dengan menghafal Perlembagaan Malaysia sudah memberikan kita autoriti untuk bercakap berkenaan politik?

Tidak, bukan itu yang saya maksudkan.

Autoriti yang saya maksudkan di sini adalah, autoriti untuk mengulas sesuatu isu politik dengan keadaan pengulas itu telah menjadi PENGUNDI YANG BERDAFTAR DENGAN SPR.

Cik A: Si **** tu teruklah, dah jadi pembangkang buatlah cara pembangkang

Cik B: Betul tu, dah la kutuk kerajaan, kerajaan ni salah la, tu salah la..

tiba-tiba, datang En C lalu menyampuk..

En C: akak berdua ni dah mendaftar mengundi ke?

Cik A & Cik B: err..tak lagi la

En C: hahahahahaha

(dialog ini adalah di adaptasi dari kisah yang benar yang berlaku di pejabat Taman Teknologi Malaysia, bersempena dengan PRU yang lepas)

Nah, adakah kita sudah memiliki autoriti sebegini?

Jika ya, baguslah, teruskan berfikir dan berfikir serta terus untuk menjadi agen periksa dan imbang (check-and-balance) kepada kerajaan atau pembangkang.

Jika belum, oraklah langkah ke pusat-pusat pendaftaran pengundi, seperti di pejabat pos yang berdekatan.

ni borang pendaftaran mengundi aku

Akhir kata, marilah mendaftar sebagai pengundi, agar air liur kita tak sia-sia dibuang dengan cara mengulas isu-isu politik tanpa ada sebarang autoriti yang berupa kuasa mengundi

A.Alizul- terdapat satu kata-kata hikmat, kalau hendak melihat bagaimana masa depan sesuatu tamadun, lihatlah keadaan orang-orang muda pada masa itu