Insan yang bernama Ibu

Posted on February 13, 2010

0


Setiap diantara kita mesti mempunyai ibu

Semasa kita di dalam kandungan, Ibu lah yang sering mengambil berat mengenai kita,

kadang-kadang kita secara tak sengaja tertendang perut ibu,

namu si ibu ‘relax’ malah gembira kerana memikirkan bakal anak yang akan dilahirkan sihat sahaja

saat kelahiran, Ibulah insan yang sangat perit dan menderita, namun beliau tetap sabar, kerana akan ada seorang wira yang akan keluar melihat dunia ini

Bila kita dah dilahirkan, ibu lah antara orang yang paling sibuk menyediakan itu ini untuk kita, makan, minum, pakaian, alat permainan, pendidikan dan macam macam lagi

sehingga sekarang ini

adakah kita mampu membayar pengorbanan ibu..

bagaimana pula dengan nasib ibu yang menerima dugaan yang sangat berat

seperti yang ada pada pautan ini ?

Mari kita hayati, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu, yang saya yakin, mungkin lelaki yang kononnya bersifat gagah, tidak mampu untuk menjadi setabah ibu

Sayangilah ibu anda, doakanlah mereka…


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Posted in: Uncategorized