Siapa kata tak boleh sambut VALENTINE? Ni hujah dia

Posted on February 13, 2010

0


(click HERE for original post)
Ini adalah counterback kepada entri terbaru Syah kat blog dia http://kisahsebuahperjalanan.blogspot.com/2010/02/jangan-sambut-valentine.html.
Pakcik masa awal-awal kenal Syah, kami suka bertekak, suka berbalah tentang sesuatu isu. Ada saja yang tak dipersetujui. So, untuk mengimbau kembali kenangan lama, pakcik saja2 nak lawan dan berbalah tentang isu yang dia bangkitkan “Jangan Sambut Valentine!!!”. Dia letak tiga tanda seru (!!!), maknanya dia sungguh tak bagi sambut la tu, so ini ayat counterbacik dari pakcik “Sambutlah Valentine!!!”.Haha. Syah dah tampilkan fatwa haram untuk menghalang kamu2 dari menyambut valentime.Jadi pakcik pun nak ber”petua” jugak sambutan2 yang leh kamu buat. Meh pakcik bagitau sambutan tu….
1) Sambutlah valentime dengan banyak2 istighfar sebab;
i- mungkin pada sambutan valentine yg lepas kamu2 masih belum dapat hidayah, mungkin bergembira menyambut valentime. Sekarang kamu dah sedar benda tu haram, maka banyak2lah beristighfar bersempena ulangtahun dosa kamu. Dalam satu riwayat yang cerita dia lebih kurang “apabila sampai satu kawasan yg Allah dah turunkan bala ke atas umat terdahulu, Rasulullah suruh sahabat2 cepatkan langkah dan beristighfar”. 14 februari ni, sampailah kamu2 kat tarikh yg dahulunya kamu raikan (sedangkan ianya memaksiati perintah Allah dan Rasul-Nya) so tunggu pe lagi,banyak2lah istighfar. Jangan sesekali beralasan kamu buat dulu sebab tak tau (walopun betul kamu tak tau) sebab alasan tu sangat lemah dalam makhamah Allah. Perintah Allah untuk kita bertanya kepada yang alim bila kita tak tau, jangan buat dulu baru nak tanya tapi tanya dulu baru buat…tu sifat orang islam.
ii- kamu mungkin tak pernah sambut valentime tapi kamu biarkan saudara2 kamu, sahabat2 kamu, jiran2 kamu, masyarakat kamu bergembira menyambut sambutan yg haram jadah ni. Maka, banyak2lah beristighfar sebab kamu tak jalankan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran “amal makruf nahi mungkar”. bangsa israel di azab Allah kerana bila dia lihat kemungkaran dia tegur ala2 je dan dia tetap bergaul mesra ngan pemaksiat. Allah satukan hati2 mereka ni. Sama2 jadi pendosa. (boleh rujuk kitab fadhail amal dan koleksi2 hadis yg lain).
iii- mungkin kamu pernah halang orang sambut valentine sedaya upaya kamu tetapi maksiat ini terlalu hebat dan terlalu banyak. Istighfarlah, moga Allah tidak menurunkan bala kerana bala tidak kenal yang sambut atau tidak. kalau Allah turunkan bala, bala tu akan kena kat semua orang tetapi bila dibangkitkan nanti kat masyhar, perhitungan dia lain2 la. Tapi bala ni azab woo, gerun pakcik dengaq.
2- Sambutlah Valentine dengan hisab diri dan bertafakur sejenak sebab;
i)- sambutan valentine yang lepas telah banyak memalitkan dosa2nya kat kamu2, duduklah sebentar pada ulangtahun dosa itu, hisablah dosa2 yg terpalit tu(berkaitan ngan penjelasan kat point no.1). Bila kita duduk tafakur dan mengenang dosa lalu, sesalan pasti mudah datang dan air mata akan murah untuk mencurah. Air mata yang gugur bila terkenangkan dosa pasti dapat memadamkan bakaran api neraka.
ii)-hisablah diri, berapa banyak masa yang kamu telah bagi untuk agama ini. ape kaitan ngan valentine? The holiday is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. Valentine ni antara orang yang bersungguh dalam sebarkan agama dia, menjadi simbol kesungguhan agama dia. so, hari ni berapa banyak kesungguhan kamu untuk sebarkan agama Islam. Kamu hakim terbaik untuk diri kamu.

iii)-tafakurlah sejenak, fikirlah apa akan jadi pada umat ini jika sambutan sebegini dibiarkan. Apakah kamu akan ketandusan doa dari anak2 dan generasi soleh solehah kerana mereka sudah hanyut dalam dakyah kesesatan. Lu pikir la sendiri.

3)-Sambutlah Valentine dengan doa hidayah kerana;

i)-tanpa taufik hidayah, nak sebut kalimah Allah pun kamu tak mampu begitu jugak sipulan dan sipulin yang meraikan musim mengawan ini. kalo nak sebut kalimah pun tak mampu, apa lagi nak tinggalkan kemaksiatan, jauh sangat. maka pohonlah, moga Allah kekal dan tambahkan hidayah dalam hati kamu, hati sipulan dan sipulin.

ii)-inilah tanda2 les-copaque punya iman yang ada dalam diri kamu. sekurang2nya masih ada. kamu masih merasakan bertanggungjawab atas kemungkaran lantas berdoa moga Allah memberi hiadyah-Nya kepada seluruh umat

iii) moga hidayah yang Allah bagi tu berkekalan dan Allah tak membalikkan hati kamu setelah Dia bagi hidayah.Doalah banyak2.


Itulah sedikit sebanyak sambutan yang boleh kamu2 lakukan menjelang tarikh mengawan ni.

Biasanya lepas tarikh ni maka bersepahlah benih2 haram, benih2 maksiat, benih2 dosa, benih mungkar.

tapi kalo kamu sambut macam “petua” pakcik…insyaAllah benih2 iman akan menunjang, benih amal2 akan bercambah, benih agama akan dipencarkan, benih pahala akan berantaian. InsyaAllah.
A.Alizul-Ingat, sambut mcm yg pakcik ni ckp, bukan yg mcm kebiasaan yg di sambut dgn cara yang tidak sepatutnya sbg seorang Islam…jom nak main futsal jap
Posted in: Social