Panas…Panas…Panas…

Posted on February 14, 2010

0


Panas, mari download mesyuarat ke tiga penggal ke2, Dewan Rakyat parlimen ke 12 (rabu 18 Nov 2009, Bil. 54)

lepas itu, pergi ke page 113 ke atas, untuk melihat fakta2 (mungkin betul) berkenaan dengan judi..adakah kita telah termakan hasil judi?

boleh juga kalau nak baca sampai habis, untuk pengetahuan umum kita…saksikan kepanasannya..

Saya ambil dari perisik rakyat (klik SINI)

Dari Fail: Hasil Judi 2.37 Billion – Oh.. Malaysia Tanahairku

Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh Rakyat Malaysia.

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Lihatlah Faktanya

Syarikat Perjudian – Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad – 949,802,170

Sport Toto – 509,739,584

Magnum Corporation – 396,477,793

Pan Malaysia Pools – 270,764,197

Pan Malaysia Racing – 138,576,130

Daily One Corporation – 18,082,749

Sandakan Turf Club – 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club – 29,776,000

JUMLAH – 2.37 BILION

OOOHHH Malaysia Tanahairku… Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119 (http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18112009.pdf)

nasirzakaria.com