Kaitan Butterfly dan Tingkat 5

Posted on February 15, 2010

0


Kalian pernah berada di tingkat 5 sesebuah bangunan tak?

Kalian pernah memiliki telefon bimbit jenama nokia model Butterfly tak?

Kalian pernah mengalami tragedi barang kalian terjatuh dari tingkat 5 tak?

Nah, aku telah merasai pengalaman tersebut sebentar tadi. Telefon bimbitku, berjenama nokia, model Butterfly telah jatuh dari tingkat 5 ke tingkat 1. Pecah berderai.

Pidot: wah, ade bende jatuh…henset!!

A.Alizul: alamak, henset aku…

aku terus berlari ke bawah, lalu mengutip komponen yang telah bercerai berai…

Jimey: Takpo Awang, henset butterfly ni tahan, buleh idup lagi, set2 nokia mace ni tak mudah rosak..

A.Alizul: ——–

Agak kecewa, tapi biarkanlah, mungkin Allah ingin menguji aku ataupun balasan terhadap dosa-dosa aku selama ini. Aku teruskan aktiviti mengutip komponen-komponen telefon aku. Aku cantumkan kesemuanya, wah, masih nampak elok, tapi tak seperti biasa.

Aku meneruskan perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat maghrib. Dalam perjalanan, aku cuba untuk menghidupkan telefon aku. Hidup, tapi tertulis di atas skrin, Please insert simcard. Aku pun membiarkannya.

Seusai menunaikan solat, aku terus menuju ke cafe v5, menunggu izzu untuk makan malam.

A.Alizul: alamak lauk takde la plak…jom makan tempat lain

Izzu: Jom..

Kami meneruskan perjalanan, menuju ke v1..namun..tutup…

Kami melangkah gagah, menuju ke v2. Alhamdulillah, cafe di sana masih menyediakan perkhidmatan seperti biasa.

Kelihatan Bart, Halim dan Budi sedang menghabiskan makanan mereka yang hanya tinggal saki baki.

Aku menceritakan kisah aku kepada bart, lalu bart membelek-belek telefon aku.

Bart: oo, ni tempat letak simcard tak ketat ni, tu yang jadi please insert simcard..ko letak kertas skit kat atas simcard


aku pun menurut sahaja arahan bart, dan…Alhamdulillah, telefon aku masih berfungsi seperti biasa…

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

al-insyirah, ayat 5

Terpaksa di selotape

masih boleh di guna walaupun macam tak boleh guna

Posted in: Santai