Royalti: Pegawai Ku Li pula kritik TPM secara terbuka!

Posted on February 16, 2010

0


for original post, click HERE


from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: by pria malaya

MOHD Lokman Ghani, iaitu Pegawai Khas bagi Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah semalam secara terbuka mempertikai tindak-tanduk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak menghormati pendirian veteran Umno Kelantan itu menyertai suatu forum isu royalti minyak milik rakyat Kelantan pada penghujung bulan lepas.

Kritikan tersebut selepas Tengku Razaleigh atau Ku Li sendiri menyatakan kesediaan untuk menghadapi tindakan disiplin Umno sekiranya dianggap menyalahi perlembagaan parti perkauman tersebut, sebagaimana yang dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Umno negeri dan nasional sebelum ini.

“Saya merasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Timbalan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah tidak faham dan masih tidak mahu faham tentang pendirian Ku Li sedangkan Ku Li sudah beberapa kali menegaskan bahawa beliau berucap di pentas NGO iaitu GEGAR,” jelas beliau seperti dipetik dari blog perisik-rakyat, http://perisik-rakyat.com.

“Saya hairan adakah TPM, Perdana Menteri dan Ahli Parti semua mendengar ucapan Ku Li? Saya harap supaya semua mereka mendengar dari awal hingga akhir. Apakah kenyataannya itu melanggar Perlembagaan dan disiplin UMNO?”.

Menurut Lokman lagi, pendirian Ku Li itu bertujuan untuk tidak mahu bersekongkong dan berbohong bersama-sama dengan kerajaan persekutuan dalam menafikan hak kerajaan serta rakyat Kelantan dari menikmati royalti minyak, bukannya ‘wang ehsan’.

“Kalau Kerajaan bohong takkan Ku Li nak ikut sama berbohong? Terpulang kepada Lembaga Disiplin Parti untuk menentukan samada beliau bersalah atau tidak kerana apa yang hendak disampaikan oleh beliau ialah Undang-Undang dan Perjanjian yang telah ditandatangani antara Petronas dan Wakil Kerajaan Negeri Kelantan memandangkan beliau sendiri yang telah menandatanganinya dan beliau lebih tahu akan soal ini,” jelas beliau.

“Apa yang hendak disampaikan adalah perkara yang benar. Beliau tidak mahu berbohong dan beliau hanya mahu bercakap perkara yang benar. Apakah kenyataan benar dan tepat itu bercanggahan dengan kehendak parti? Apakah Ku Li perlu diseret sama untuk berbohong kepada rakyat semua?”

Beliau turut menafikan bahawa Ku Li pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak konsistan berhubung status royalti minyak Terengganu, ketika menjadi saksi mewakili kerajaan Pas Terengganu suatu ketika dulu.

Dalam pada itu, beliau mendakwa Muhyiddin tidak pula mengenakan tindakan kepada Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Azizi kerana mengeluarkan kenyataan tidak menghalang niat Ku Li untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Gegar sehari sebelum sebelum forum tersebut dilangsungkan.

“TPM sepatutnya dimaklumkan perkara yang betul apa yang telah disampaikan oleh Ku Li dan bukannya maklumat yang tidak tepat. Kerana Ku Li berceramah di atas platform NGO iaitu Gerakan Tuntutan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR),” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Muhyiddin supaya bersikap lebih jujur dalam menjelaskan isu royalti minyak milikan Kelantan, dari bersetuju untuk mengheret Ku Li ke tribunal tatatertib parti.

“TPM sepatutnya dimaklumkan perkara yang betul apa yang telah disampaikan oleh Ku Li dan bukannya maklumat yang tidak tepat. Kerana Ku Li berceramah di atas platform NGO iaitu Gerakan Tuntutan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR),” jelasnya.

28 Januari lalu, beberapa media melaporkan bahawa Ku Li mengkritik kepemimpinan Umno secara terbuka kerana enggan menunaikan hak mendapatkan minyak seperti yang dituntut Gegar dan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau turut juga bekas Pengerusi dan Pengarah Eksekutif PETRONAS yang terlibat menandatangani perjanjian persefahaman dengan kerajaan negeri Kelantan pada 9 Mei 1975 dahulu, turut mencadangkan kerajaan negeri mengkaji semula posisinya dalam kerajaan Persekutuan disebabkan kepemimpinan Umno bertegas mahu memberikan ‘wang ehsan’, menggantikan ‘royalti minyak’.

Pendirian Ku Li itu sekaligus memperlihatkan beliau disegani oleh rakyat, sedangkan kepemimpinan Umno pula terus dikritik secara terbuka oleh ahli-ahli parti perkauman itu sendiri kerana cuba menyalurkan ‘wang ehsan’ melalui proksi-proksi Umno di peringkat negeri. – instinctive-stage G3.0

Posted in: Uncategorized