Forum Baitul Muslim

Posted on February 17, 2010

2


Update Forum Baitul Muslim

menarik…Dr Raja (Humanities dept) menjadi moderator nya…

Kupasan menarik dari us habiburrahman dan Us hasrizal

Soalan kepada us habiburrahman..

Pandangan terhadap

langkah2 terbaik utk merancang sesebuah keluarga

“us habiburrahman, ini satu pertanyaan yg menarik, kpd yg ingin bernikah yang ingin mengetahui langkah (proses bernikah melalui baiutl muslimin), Rasulullah bersabda ,tiada yg lebih indah bagi orang yang saling cinta mencintai dari bernikah…

jadi muara yg paling indah bagi orang yang jatuh cinta adalah bernikah..

di indonesia, saat ini terjadi satu fenomena yg memberi prihatin ulama, pendidik dan pemerhati rumah tangga

angka penceraian di indonesia semakin meningkat. Penyebab banyak sekali pasangan keluarga lelaki dan perempuan yang bertemu dan berumah tangga tidak memahami step berumah tangga yang Islami dan Harmonis. Petunjuk yang baik adalah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Hal yang paling penting adalah niat.

Niat sangat penting dan niat yang utama adalah untuk beribadah kepada Allah, niat ingin mensucikan diri dan ingin membersihkan diri.

Menjadi fitrah lelaki menyukai perempuan dan sebaliknya. Tetapi ada caranya, dan disampai kan melalui syariat islami.

Setelah niat yang benar, langkah seterusnya harus benar. Islam telah mengatur bukan pada masa bernikah sahaja, tetapi sejak dari kecil lagi. Semasa kecil lagi, tidak boleh tidur sekamar bagi adik beradik yang berlainan gender.

Kedua, kalau hendak memasuki bilik adik beradik yang berlainan jantina atau ke bilik ibu bapa, hendaklah meminta izin terlebih dahulu, bagi menjaga kehormatan.

Seterusnya harus menjaga aurat, terutama selepas baligh. Berikutnya, semasa remaja, lelaki dan perempuan tidak boleh berkhalwat. Sekarang ini, berkhalwat secara bukan berdua-duaan boleh terjadi, seperti ber chatting dan ber sms. Ia di kira sebagai berkhalwat walaupun pada zahirnya bukan berdua-duaan.

“sayang, adakah kamu sudah tidur”

Ini merupakan khalwat hati. Islam memberikan ruang untuk 2 orang itu saling berkenalan, kalau tidak kenal, macam mana nak berkahwin. Ruang yang dimaksudkan adalah ruang taaruf, antara lelaki dan perempuan. Lelaki boleh melihat perempuan, perempuan boleh melihat lelaki.

Lelaki boleh mengirin ‘mata-mata’ untuk merisik si perempuan, mungkin dengan menyuruh kakaknya untuk mendapatkan detaili calon isteri, dan sebaliknya.

Kalau seorang lelaki ingin mengetahui  seperti apa calon isterinya, ketahuilah ibunya, kearan perempuan lebih rapat dengan ibunya, apabila ada masalah sering berkongsi dengan ibunya..tetapi kalau perempuan ingin mengetahui calon isteri, ketahuilah siapa temannya, bukan ayahnya, sebab masa muda bagi lelaki, banyak dikongsi bersama teman-temannya, jarang bersama dengan ayahnya.

Rumah tangga tidak akan harmoni tidak akan sejahtera melainkan sama bagi isteri dan suami akan visi dan misi dan tujuan hidupnya.

al quran ada menyatakan 4 jenis rumah tangga:

2  jenis yang sama visi misi

2  jenis yang tidak sama visi misi

contoh rumah tangga adalah nabi Nuh dan nabi Lut

Nabi Nuh adalah suami yang soleh, mngajak orang ke arah yang soleh tetapi isteri dan anak nya berbeda.

Sama seperti nabi Lut.

Berikut adalah rumah tangga Firaun, isterinya solehah (namanya asiah), tetapi Firaun tidak. Asiah sendiri di bunuh oleh firaun, akan tetapi diriwayatkan bahawa Asiah nampak syurga sebelum mati. Berikut pula adalah adalah suami menentang rasulullah, isteri juga turut sekali menentang rasulullah (contoh abu lahab, suami isteri menentang nabi muhammad), harmonis kedua-duanya dalam menentang nabi, harmonis juga dalam masuk ke neraka.

Contoh keluarga yang baik pula adalah nabi ibrahim dan nabi muhammad SAW, harmonis bahagia dunia.

Pandangan ust Hasrizal pula berkenaan dengan konsep bertunang, apa yang di benarkan apa yang di larang.

bertunang mungkin cara untuk kita melihat Allah mengasihi manusia.  Manusia memerlukan satu ruang untuk mengalami proses transisi dari sesuatu keadaan dari satu keadaan yang lain, contohnya dari alam sekolah ke universiti, ada matrikulasi.

Proses tunang adalah proses kerjasama dalam membangunkan rumah tangga, tapi masih lagi asing bagi kedua-duanya (ajnabi), apa yang tidak harus bagi lelaki dan perempuan di luar pernikahan, masih valid di dalam tempoh pertunangan. Apa yang perlu di isi dalam tempoh pertunangan adalah batasan. Sebagai analogi, apabila memandu kereta dalam 100km/j, tiba-tiba lalu di tepi bangunan, ada papan tanda jangan bunyikan hon, adakah kita nak bergaduh dengan papan tanda tak boleh bunyikan hon? Kereta di lengkapkan dengan hon, apa guna hon kalau tidak di gunakan? Kemudian jalan lagi, ada jmpa papan tanda ‘sila guna gear rendah’, adakah kita nak bergaduh nak guna gear tinggi, sebab gear kereta ada 5? Kemudia jalan lagi akhirnya smpai simpang 4, ada lampu merah, nak bergaduh dengan lampu itu ke? Nak jalan terus,  tiba-tiba datang sebuah lori dari arah bertentangan lalu berlaku kemalangan dan mati.

Pengajarannya, orang yang waras tidak akan melanggar peraturan sebab tahu peraturan adalah untuk menjaga keselematan mereka. Begitu juga dengan pertunangan.

Batas-batas perlu dijaga antara lelaki dan perempuan. Ini bukan sekatan, tetapi panduan keselamatan. Hikmah ini bukan hanya untuk Allah, tetapi untuk kedua-duanya sekali.

ust juga menceritakan pengalaman bertunang beliau, selama 2 tahun (pertunangan jarak jauh)

Apabila sama-sama cuba membataskan diri, hikmah datang,

Apa hikmahnya?

Nantikan….

Posted in: Uncategorized