Nik Aziz: Keakraban PAS-bukan Islam tidak direka kerana politik

Posted on February 23, 2010

0


Aku kenal seorang perempuan India, berasal dari Kelantan..yg membuatkan aku terlopong masa aku mula2 kenal beliau, adalah bila aku dan seorang kawan aku (melayu kelantan) tgh berborak2, lalu aku berseloroh “dia ni (menunjuk kpe perempuan india td) dari kelantan juga, nnti boleh kecek klate, hehe”, dan sambil tersenyum perempuan tu berkata “buleh2, tadok masaaloh”…aku amat terkejut dan sgt kagum, dan bagi aku, sudah terbukti keharmonian di Kelantan memang satu benda yang realti…bukan main2…syabas!! dan aku sampai sekarang respect dan masih pelik dengan kejadian ari tuh…

Nik Aziz: Keakraban PAS-bukan Islam tidak direka kerana politik

Ditulis oleh The Malaysian Insider
TUESDAY, 23 FEBRUARY 2010 01:47

BACHOK, Feb 22 – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) memberitahu hubungan kerajaan PAS Kelantan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama negeri ini bukan sesuatu yang dibuat-buat berdasarkan kepentingan politik sebagaimana diandaikan sesetengah pihak.

Keluhuran itu kata Mursyidul Am PAS itu, sebaliknya adalah anugerah Allah kepada orang yang sentiasa beristiqamah mendokong kesucian agamanya dalam apa jua aspek kehidupan berasaskan al-Quran dan hadis.

“Sejak 20 tahun PAS memerintah, seluruh rakyat Kelantan merasai keharmonian hubungan kaum yang mana tidak pernah berlaku sebarang pergolakan, pergeseran atau pertelingkahan sehingga menimbulkan perasaan dendam antara kaum.

“Bahkan sebelum pada itu lagi, ketika peristiwa 13 Mei, terjadi pertumpahan darah, tapi Kelantan sikit pun tidak berlaku sedemikian.

“Dan contoh terdekat, ketika negeri-negeri lain baru-baru ini kalut ribut bertelagah sampai berlakunya perbuatan ganas seperti membakar gereja tapi di Kelantan, aman,” katanya sewaktu meraikan sambutan Tahun Baru Cina PAS kawasan Bachok.

Majlis tersebut diadakan di pekarangan rumah bekas penghulu Tanpa Mukim Dun Jelawat mendiang Koh Soh Cheng di Jelawat dekat sini, petang ini.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Nik Aziz berkata tuduhan pihak tertentu kononnya tindakan PAS mengambil langkah berbaik-baik dengan kaum lain semata-mata bagi menjaga kepentingan politik di samping untuk menarik sokongan bukan Melayu adalah tuduhan orang yang dengki dengan kejayaan PAS yang mampu dijadikan model dalam konsep hubungan kaum.

Sementara itu Nasharudin memberitahu bahawa dalam konteks Islam masyarakat bukan Islam adalah saudara seinsan dengan masyarakat Islam.

“Ini adalah hakikat ajaran nabi Muhammad SAW.

“Berdasarkan satu riwayat, sekumpulan orang sedang mengusung jenazah melintasi hadapan nabi, tiba-tiba nabi bangun menghormatinya. Lalu sahabat tanya baginda kenapa bangun sedangkan jenazah yang diusung itu adalah mayat orang Yahudi.

“Maka jawab Rasulullah semua penganut agama di atas muka bumi ini dituntut agar saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

“Demikian betapa luhurnya sifat Rasulullah dalam menjaga kepentingan atau kehormatan lain-lain agama,” tambah beliau.

Posted in: Keluarga, Santai, Social