1Malaysia: Ada pelajar kelaparan, ikat perut

Posted on March 16, 2010

0


Taken from idhamlim.blogspot.com

Setelah dilantik menjadi Perdana Menteri kalau tak silap saya , Dato Seri Najib telah melakukan kunjungan ke beberapa IPTA. Antaranya UM, UIA dan terkini semalam di UKM.
Setiap pertemuan itu digambarkan berlangsung dengan penuh kemesraan untuk mengetahui sendiri kehidupan dan masalah pelajar di kampus. Media menggambarkan Najib duduk semeja beramah mesra dengan pelajar dalam suasana santai dengan mengenepikan protokol.

Dalam tujuan lain untuk menggambarkan idea 1Malaysia itu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan benar-benar dizahirkan.Sepanjang pertemuan itu adakah Najib benar-benar cuba menyelami kehidupan pelajar atau sekadar untuk propaganda media dan mengaburi masyarakat di luar sana?

Adakah Najib tidak dimaklumkan bahawa terdapat pelajar IPT yang terpaksa mengikat perut menahan lapar kerana kos hidup di IPT yang tidak tertanggung?
Ini sebagaimana didedahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Adakah pimpinan pelajar yang pro aspirasi (pro Umno-BN) yang bersama Najib itu hanya pandai membodek dan mengampu Perdana Menteri tentang masalah sebenar yang berlaku di kampus?

Sebenarnya isu pelajar terpaksa mengikat perut bukan isu baru. Bukan sesuatu yang luar biasa apabila ramai pelajar terpaksa buat kerja sambilan di sebelah malam atau ketika tidak
ada kuliah untuk meneruskan survival kehidupan di kampus
. Keadaan diburukkan dengan pembayaran pinjaman PTPN atau agensi tertentu yang tak tentu masa dan sering sangkut-
sangkut.

Apabila membuat kerja sambila sudah pasti tumpuan kepada pelajaran terjejas. Tetapi mereka tidak punya pilihan lebih-lebih lagi dalam suasana kos kehidupan dalam negara yang serba serbinya mahal.

Saya mempunyai maklumat dan bukti bahawa ada pelajar IPT yang hanya makan dua kali sehari. Namun siapa yang peduli itu semua. Apa yang lebih dirisaukan oleh kerajaan 1Malaysia ialah apabila pelajar IPT menyokong pembangkang atau menyertai program Pakatan Rakyat.

Maka semua usaha dilakukan untuk memastikan pelajar IPT kembali menyokong kerajaan 1Malaysia. Justeru itu pelbagai cara dilakukan sama ada campur tangan pilihanraya kampus
sehinggalah mengatur pelbagai program dan peraturan dengan berlindung di sebalik AUKU untuk mengikat dan menjerut pelajar.

A.Alizul-Mungkin pelajar2 di UTP tak merasa semua ini, mungkin disebabkan oleh rata2 pelajar UTP datang dari keluarga  yang berada, ,atau mungkin disebabkan oleh kedudukan UTP di suatu kawasan yang agak terpencil dari kota metropolitan yang hangat dengan isu2 yg panas, atau mungkin disebabkan oleh masyarakat UTP yang semakin malas utk mempedulikan perihal negara mereka, polisi2 negara yg diperkenalkan, akta2 baru dan lama, dan banyak lagi kemungkinan…