Komentar Balas Kepada Minda Bersih

Posted on March 19, 2010

1


Salam,

Kepada Minda Bersih, maaf kerana membalas komentar anda di ruangan new post, saya kira tiada masalah bukan. Terima kasih sebab memberi komentar yang saya kira menjadi satu agenda muhasabah kepada diri saya sediri selaku blogger yang baru bertatih, juga selaku seorang belia yang baru berjinak-jinak dengan sepak terajang politik dan keadaan dunia luar (mohon izin menggunakan ayat kesukaan sahabat saya, rausyanfikir)

“minda bersih- salam..saudara memberikan hujah2 tetapi tanpa sokongan bukti yg kukuh dan sangsi..saudara mengatakan ada pemimpin DAP yg boleh baca AL-Quran? boleh jelaskn siapa pemimpin tersebut? dan saudara sedarkah mengapa mereka si DAP keparat karpal sekarang nie sanggup bgabung dengan PAS yg dulu nya bukan main lantang lagi menghina sehina2 nya PAS..”

A.Alizul– wa’alaikum salam, apa khabar saudara? hurmm, saya kira saudara agak tersilap..kenyataan saudara “salam..saudara memberikan hujah2 tetapi tanpa sokongan bukti yg kukuh dan sangsi”. Bila masa pula saya memberikan hujjah tersebut, oh mungkin saya lupa untuk menyatakan kegemaran saya yang suka copy and paste artikel orang, ya itu mungkin kecuaian saya kerana tidak meletakkan Disclaimer..untuk pengetahuan saudara, saya hanya copy and paste dari blog TGNA (rujuk di sini). Tapi tidak menjadi masalah, saya cuba jawab apa yang mungkin menjadi musykil kpd saudara atas post saya yg mungkin sedikit kontroversi atau mungkin menjadikan sesetengah pihak itu melihat saya selaku pengamal politik yg kotor dan tidak seimbang.

1.    “saudara mengatakan ada pemimpin DAP yg boleh baca AL-Quran? boleh jelaskan siapa pemimpin tersebut?”

Ada, pemimpin tersebut adalah YB Nga Kor Ming

2.    “dan saudara sedarkah mengapa mereka si DAP keparat karpal sekarang nie sanggup bgabung dengan PAS yg dulu nya bukan main lantang lagi menghina sehina2 nya PAS..”

Ya, saya sedar, yang dahulu nya (betulkan kalau saya tersilap) Karpal Singh pernah mengatakan “langkah mayat saya dahulu kalau nak membangunkan Negara Islam”. Mungkin saudara boleh rujuk di sini, sini, sini, dan sini ( kalau saudara kurang jelas, boleh hubungi saya )

Berkenaan dengan kes pemimpin DAP yang membaca ayat Quran, saya nak berkongsi dengan saudara, apa yang saya jumpa di internet, “Di Kelantan orang Cina membaca ayat Quran dalam ceramah politiknya sesuatu yang tidak pelik dan asing. Tahun-tahun 70-an Pengerusi MCA Kelantan, Foo Chow Yong sering kali membaca ayat Quran dalam ceramah-ceramahnya dan juga ucapan rasmi sebagai Exco Kerajaan Kelantan.
Saya masih ingat ayat yang menjadi kesukaanaya ialah ayat dalam surah Al-Imran: 103 yang bermaksud; Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepadamu.”
Chow Yong membaca ayat itu menyeru orang supaya bersatu padu dan tidak berpecah belah. Seruan supaya berpadu adalah ajaran Islam. Maksud dan tujuannya samalah dengan ayat yang dibaca oleh Kor Ming itu yang bermaksud hendaklah kamu (pemerintah) berlaku adil sesama insan (manusia).”
“Mufti Kelantan juga ketika itu Allahyarham, Datuk Haji Mohamad Noor, tidak pun menegur tindakan Foo Chow Yong itu. Apakah dalam soal ini, Mufti Perak Harussani merujuk kitab berlainan dengan kitab yang rujuk oleh Mufti Datuk Haji Mohammad Noor, Mufti Kelantan dalam melihat kes Foo Chow Yong itu?”

(rujuk di sini)

Hanya sekadar perkongsian, mungkin pembaca-pembaca yang lain, khususnya dari Kelantan boleh mengesahkan petikan ini sama ada benar atau pun tidak. Tapi sekiranya benar, apa pula komen saudara?
Saya menyokong kenyataan TG NA berkenaan dengan isu pembacaan ayat alQuran oleh YB Nga (rujuk di sini) ”

“minda bersih- Saudara, adalah elok nye saudara buka minda dan jangan sangat taksub dengan sifat kepartian yg rakus mencari cacat yg sbesar kuman yang di lakukan kerajaan sekarang ini..Kerajaan PR di Penang kalau nk dibandingkan 2tahun ini banyak lagi masalah2 yg bhubung kait dgn masalah2 yg melibatkn umat islam..penjualan babi langsung terus di jalanan..adakah saudara nmpk perkara itu? ahli PKR sekrang byk yg ‘murtad’ parti..kerana apa saudara? “

A.Alizul– Ya, di dalam blog saya, saya memang kelihatan taksub dengan sifat kepartian, dan memang betul, saya mengagumi sifat-sifat kepartian yang ada pada PAS, pada pemimpin2 PAS, tapi ingat saudara, saya bukannya mengagumi PAS dari sudut kepartian semata-mata, tapi saya mengagumi atas semangat dan tindakan PAS yang betul-betul cuba untuk berusaha mewujudkan kembali Daulah Islamiyyah yang runtuh dan ranap pada tahun 1924, dan saya juga memang kelihatan banyak membantah dan mengkritik, dan mungkin sesetengah pihak melihat tindakan saya melalui blog ini sebagai satu penghinaan terhadap kerajaan, tapi saya mengambil langkah sebegini atas dasar kita mempraktikan system demokrasi, bebas bersuara, dan selaku seorang mahasiswa, saya kira tidak menjadi masalah untuk kita mengkritik apa jua betuk polisi atau dasar yang di ambil oleh pihak kerajaan seperti mana yang di nyatakan oleh Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (rujuk sini).

Memang kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya di negeri2 yang baru sahaja berpindah tampuk pemerintahannya dari BN kpd PR sedang bertatih. Seperti juga seorang bayi, adakah saudara mengharapkan seorang bayi tersebut boleh berlari bila mana lahir nya bayi tersebut menjenguk dunia ini? Kerajaan BN yang boleh dikatakan ‘dewasa dan matang’ dalam memerintah, masih menunjukkan kelemahannya, apatah lagi bagi kerajaan yang baru, yang tak sampai separuh dekad lagi memerintah, sudah pasti banyak kelemahannya, dan masyrakat dan rakyat harus memberikan kepercayaan dan sehingga ke tahap ini, kita patut bersyukur, kerana dengan sumber yang kelihatan seperti terhad, pencapaian demi pencapaian masih mampu dirasai di negeri-negeri PR.
Bagi kes ramai ahli PKR yang saudara kata ‘murtad’ parti (mungkin agak keterlaluan kata-kata saudara itu), bagi saya ini adalah masalah peribadi ahli-ahli itu sendiri. Ini kerana, dalam bab hati ini, manusia tidak berkuasa mengubah hati manusia yang lain. Dan ini juga, bagi pendapat saya, mungkin di sebabkan oleh ahli-ahli yang kurang faham dan kurang hadam, apakah matlamat perjuangan parti yang mereka dokongi. Jika bersama dengan PAS, Insya Allah, dengan kefahaman yang diperolehi menerusi system tarbiyyah PAS (jika tidak ponteng dari mengikuti system ini, seperti usrah tamrin rehlah mukhayyam muktamar dsb), saya yakin, tidak akan berlakunya gejala lompat parti dikalangan ahli PAS, di sebabkan oleh kefahaman tersebut (sekiranya ahli mengikuti system tarbiyyah PAS secara berterusan dan menyeluruh)”
“Minda Bersih-bangun saudara dr dibuai keasyikan fantasy politik..mari mencari jalan terbaik utk menyelesaikn segala isu yg timbul bsama2..bukannya luahan sumpah seranah terhadap sesama agama..kita generasi akan datang, adakah saudara
ingin mewarisi adab2 politik kotor yg dihidangkan pada masa ini? fikirlah saudara..ayuh berubah..bangunkn negara bsama2”

A.Alizul-Terima kasih atas nasihat dan dorongan saudara yang menyuruh saya untuk bangun dari buaian keasyikan fantasi politik. Terima kasih, dan pada ketika ini, saya telah bangun, bangun sejak dari semalam dan akan terus bangun, dan akan terus, dengan kudrat, keupayaan dan peluang yang terhad, memerhatikan tindak tanduk kerajaan, sebagai agent check and balance, terhadap apa jua polisi atau dasar  atau akta atau apa2 sahaja yang diperkenalkan kepada rakyat. Sebagai rumusan hasil dari post-post di dalam blog saya, saya menyokong mana-mana pihak yang menjadikan Islam sebagai tunjang perjuangan merek secara total dan menyeluruh, bukannya sebahagian-sebahagian,bukannya mengambil bahagian yang hanya memberikan keuntungan duniawi semata-mata, kerana saya yakin, dengan Islam sahajalah, hidup kita akan terjamin dunia dan akhirat. Saya kira, saudara mesti begitu hadam dengan alQuran dan tafsirnya, dan juga segala hadith serta sirah para nabi ran rasul, sebab saudara mengajak saya bersama-sama menyelesaikan isu yang timbul, dan saya kira juga, saudara akan turut sama mendokong dan menyokong perjuangan yang berteraskan Islam demi pembangunan Negara, sebab saudara telah menasihati saya untuk bersama-sama untuk membangunkan Negara, dan cara yang terbaik untuk membangunkan Negara adalah, melalui Islam, dengan cara, kembali mempraktikkan Islam secara menyeluruh (rujuk surah al baqarah, ayat 208) ..betul tak saudara?”

dan akhir sekali kepada saudara Minda Bersih, terima kasih, kerana saya sangat sukakan orang seperti saudara, meninggalkan komentar yang menjadi agenda muhasabah diri kepada saya, bagi menilai diri dan memperbaiki lubang-lubang kecacatan. Adios…

(sekiranya terdapat sebarang percanggahan pendapat atau sebarang perkongsian, bolehlah di hantar ke awangkualizulazahari@gmail.com, di alu alukan )