JOM HEBOH Kat Kelantan?

Posted on March 21, 2010

0


Pada Tahun2 sebelum ni, tade lak Jom Heboh kat Kelantan, Negeri Serambi Mekah, dipimpin oleh Ulama..

tp secara tentatif nya, Jom Heboh akan dilangsungkan di Kelantan pada 26-27 Mac 2010 ini!!


Kenapa?? Kelantan ada JOM HEBOH!!!! What The…………………

Jangan cepat melatah kpd sesiapa yang benci tgk kelantan dan kepimpinannya..

tengok dulu apa yang ada pada Jom Heboh Kelantan, pastu baru bandingkan ngn Jom Jeboh kat tempat2 lain…amacam…amacam…

KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas. Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.
(A.Alizul– Syabas Kerajaan Kelantan!!! Salah satu usaha untuk mengikut garis panduan yang di tetapkan syarak, kerajaan2 negeri lain??)

Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin. Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit. Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

(A.Alizul-Masa tengok konsert ni la pasangan2 muda-mudi, yg tak kahwin lagi, akan jd sgt seronok, borak2 sambil tengok org nyanyi, yg pompuan letak kepala kat bahu laki, yg laki pun kadang2 letak kepala kat bahu pompuan, apa hukum nya tuh?? jd kalau di asingkan, bukankah sudah ada usaha bg menghalang orang dari berbuat dosa? tp mcm mana pulak ngn konsert2 merdeka la, dsb yang ada percampuran antara lelaki dan pompuan dari segi tempat duduk? bukankah penganjur ada kuasa utk menghalang benda tersebut dari berlaku….ke dah kalis api neraka?)

“Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

baca seterusnya di sini…(credit to ibnuhasyim)

jadi sekarang mcm mana? siapa yang menggalakkan maksiat dan dosa, sapa yang tidak..

sekurang2nya, kerajaan PAS di Kelantan di bawah kepimpinan ulama ada usaha untuk menghalang org dari melakukan maksiat dengan menggunakan kuasa yang mereka ada….

sejajar dengan hadith ini…famous gak hadis nih…

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

Syabas TG Nik Abdul Aziz….tabik spring la kat TG NAA…..

“memang terbukti TG NA seorang pemimpin yang takutkan Tuhan dalam memimpin kerajaannya”