Kelantan, Malaysia dan ….. (mcm tajuk Movie masa dulu2)

Posted on March 27, 2010

0


biar kurang bangunan pencakar langit…

asal hasil usaha kita didengar sampai ke langit..

biar nampak hina di sisi manusia..

asal nampak mulia di sisi Tuhan..

biar orang tak nampak hasil kita..

asal tak berputus asa untuk berusaha..

biar orang kata kita orang kampung..

asal alQuran dan sunnah kita junjung..

aku kadang2 pelik gak…kenapa kerajaan PAS mampu bertahan lama di Kelantan, kadang2 aku ade gak dengar, PAS ni parti ekstremis,

ekstremis agama, dan sebagainya, yang saya tengok boleh menyebabkan rakan-rakan non-muslim kita takut utk mendekati Islam…

sedangkan Islam itu agama yang sejahtera dan agama fitrah…

tp kalau kita tengok, kat Kelantan, orang2 india, cina, tanpa segan silu pakai baju/kain/penanda/payung yang ada cap bulan,

cap bulan ni cap siapa? cap PAS la..PARTI ISLAM SEMALAYSIA, terang2 tulis PARTI ISLAM SEMALAYSIA..

namun, bagi mereka tiada apa2 kalau mengenakan lambang bulan..sebab apa? adakah TG Nik Aziz menggunakan bomoh?

atau guna ubat pengasih? nak tau dia guna apa??

Dia menggunakan dan merujuk alQuran, sunnah, ijmak ulamak serta qias (maaf la kalau salah eja, aku ni bukan amik jurusan Syariah atau jurusan2 agama)

secara keseluruhan, namun adakah negara kita, yang didakwa sebagai negara Islam, yang mana parti pemerintah yang mempunyai kuasa terhadap negara ini

mengamalkan Islam sepenuhnya?


“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.”
(Al Baqarah: 208-209)

aku tengok banyak benda yang aku rasa ‘langkah2 setan’ masih berleluasa di bumi Malaysia ini, contohnya judi, penjualan arak secara terbuka, zina, pergaulan bebas

dan banyak lagi lah, yang aku rasa, dengan adanya kuasa, boleh untuk di halang atau dikurangkan benda2 mcm ni..

benda2 mcm ni lah yang musuh2 Islam suka, bila tengok anak muda kita lalai dan leka, terutama sekali dengan hiburan yang melampau, konsert sana-sini, pastu

dating sana-sini, peluk sana-sini, buang anak sana-sini, dadah sana-sini dsb…

yeah yeah yeah

muda mudi mcm ni ke yang nak terajui negara kita nanti? muda mudi seperti inikah yang akan mendokong agama Islam yang sekarang dengan mudahnya

diperkotak katikkan oleh musuh2 Islam? adakah kita merasa diri kita dah terlalu hebat untuk menentang suruhan boss besar kita iaitu Allah SWT, yang Maha Berkuasa?

Kita dah tak percaya akan adanya hari akhirat ke? Kita dah rasa kita raja kat dunia ke boleh buat apa saja?

kadang2..bila ada orang yang cuba menegur, golongan2 ‘moden’ ini kata ‘penegur’ ini adalah golongan ekstermis, golongan kampung, dan banyak lagi gelaran2 yang pelik..
tapi ingatlah golongan2 ‘moden’, ‘penegur’2 ini menegur anda kerana ‘penegur’2 ini yakin akan janji Tuhannya, yang mana segala perbuatan dan amalannya akan diperhitungkan

diakhirat nanti…

“Barangsiapa yang berbuat kebaikan walau sebesar zarah, maka dia akan dikira. Dan barangsiapa yang berbuat keburukan walau sebesar zarah, maka dia akan dirkira” Surah Al-zalzalah ayat 7-8.

tak percaya? tunggulah hari akhirat nanti..masa tu nanti, menyesal pun tak guna…kepada golongan2 yang berkuasa, gunakanlah kuasa yang ada ditangan anda, ingatlah..

paling lama korang hidup pun dalam 60-70 tahun jer, kalau hidup lama lagi tuh, kira bonus lah tu..lepas tuh..korang pun akan menghadap Tuhan…masa tu lah bermula kehidupan yang sebenar…

Kesimpulannya dari bebelan aku yang cap ayam ini…

1. Jangan ikut sangat nafsu, terutama orang muda2 mcm aku nih, kita ada quran, tak reti baca g carik kawan yang reti, belaja kat dia, bukak terjemahan, g tanya ustaz pape yang patut, malu jumpa ustaz, g carik kawan yang ok la bab2 ni, banyakkan baca buku2 agama dsb

2. Jangan terpengaruh sangat dgn budaya hiburan yang melampau, aku tak kata hiburan itu salah di sisi Islam, sapa kata Islam tak boleh ada hiburan? Cuma kena ada batas la, ni dok terlalak atas pentas, ter kinja2 mcm monyet, pegang sana sini, dok campur laki pompuan, ingat laki ni takde nafsu ke tgk pompuan…ingat pompuan tak de nafsu ke tengok laki…jaga sikit..umur kita ni skit jer…

3. Kepada yang berkuasa tu, gunakanlah kuasa kamu yang ada untuk menegakkan Islam, tak guna kalau melalak2 kata Malaysia Negara Islam, tp benda2 kemungkaran banyak jer yang boleh di dapati di sini..

aku pernah dengar satu riwayat ni, tatau lah hadis ke ayat quran ke, mungkin sapa2 yg tau leh betulkan…yang aku kira sesuai sangat lah pemimpin2 negara ni baca dan hayati

“dirikanlah Agama dan tadbirlah dunia dengan nya  (agama)”

dan ingatlah jugak, kalau rakyat kamu buat hal, pemimpin lah yang akan dipersoalkan dahulu..sabda nabi Muhammad SAW


كلّكم راع ، وكلّكم مسؤول عن رعيّته : الإمام راع ومسؤول عن رعيّته ، والرجل راع في اهله ومسؤول عن رعيته ، والمرأة راعية في بيت زوجها ومسؤول عن رعيتها ، والخادم راع في مال سيده ومسؤول عن رعيته ، وكلكم راع ومسؤول عن رعيته


setiap dari kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas rakyatnya. seorang ketua itu gembala, dan bertanggungjawab keatas rakyatnya, seorang lelaki itu gembala kepada keluarganya dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya, seorang wanita itu gembala ke atas rumah suaminya dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya, hamba itu gembala ke atas harta tuannya dan bertanggungjawab ke atas takyatnya..setiap dari kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya….

mengapa Rasulullah mengibaratkan pemimpinitu gembala?? kerana seorang pemimpin atau ketua itu hanya tahu mengarah tanpa berbuat apa-apa, sebaliknya, seorang gembala itu bukan hanya memberi arahan, tapi turut bekerja untuk menjaga rakyatnya

‘Setiap dari kita dalah pemimpin’…paling ayam kita adalah pemimpin kpd keluarga, paling ayam lagi pemimpin kpd diri sendiri…

aku yang tulis, aku yang akan di tanya lebih nanti…moga Allah ampunkan dosa aku, dan semua dapat ambil iktibar dari bebelan aku nih…

“wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu tak buat apa yang kamu cakapkan, Besar kemurkaan kepada orang yang cakap tapi tak buat”

As-Saff ayat 2-3

A.Alizul-Aku akan sentiasa menyokong dan mendokong Islam serta menyokong golongan yang mendokong Islam

Posted in: Keluarga, Social, Welfare