MALAYSIA Negara Islam atau Negara yang hanya ramai orang Islam?

Posted on April 7, 2010

0


Adakah Malaysia merupakan negara Islam?

mengikut definisi dan elaborasi negara Islam yang disediakan oleh JAKIM (klik di sini) berdasarkan beberapa rujukan, terdapat beberapa ‘screening test’ yang boleh di jalankan terhadap sesebuah negara, bagi memastikan negara tersebut negara Islam atau tidak.

di antaranya:

ASAS-ASAS NEGARA ISLAM

Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam antaranya ialah;

·        Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah.

·        Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara Islam.

·        Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya.

seperti yang saya maklumkan di entri-entri atau post-post saya yang terdahulu, saya bukanlah seorang pelajar jurusan agama atau syariah, saya hanyalah pelajar kejuruteraan petroleum, yang saban hri berurusan dengan perkara-perkara yang boleh mengeluarkan minyak sehabis baik, tapi tak mengapa..

kalau tengok pada screening criteria tersebut, jelas pada point ke 3, didirikan syiar Islam di dalamnya.

Mari kita tengok satu lagi kenyataan yang ada di dalam Web tersebut.

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM

Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut;

·        Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun.

·        Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.

·        Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya.

·       Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan.

·        Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara.

·        Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya.

·        Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.

saya teringin nak menyentuh point yang ke 4, bebas menunaikan amalan syariat Islam malah di bantu oleh kerajaan.

betul ke?

saya nak sentuh berkenaan dengan isu ARAK. Secara terang dan jelas, ada ayat yang diturunkan untuk mengharamkan arak.

Ayat 90, surah al-Maidah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.”

kalau ada sebahagian dari orang-orang Malaysia yang nak minta kerajaan Malaysia haramkan terus penjualan ARAK secara terbuka boleh tak Kerajaan Malaysia bantu untuk dilaksanakan permintaan tersebut?

Dan itu juga adalah satu syariat yang wajib utk dipatuhi bukan? Ini adalah berdasarkan kepada ayat alQuran tadi…

Kenapa ia seolah-olah kontra dengan screening criteria untuk negara Islam? Kemana perginya pemimpin Malaysia, yang kabinetnya di pegang oleh Barisan Nasional, yang di kepalai oleh UMNO yang mendakwa parti tersebut sebagai pembela ISLAM?

Beikut adalah sebahagian dari perlembagaan UMNO, yang berfokuskan kepada tujuan penubuhan UMNO

FASAL 3 – Asas & Tujuan

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

point 3.3 menyatakan Menegak, Mempertahan dan mengembangkan Islam, kemana perginya UMNO bila penjualan ARAK seperti sangat terbuka..lihatlah Labuan sebagai contoh, dan banyak lagi contoh-contoh arak di jual secara TERBUKA!!

Oh mungkin saya yang bukan ahli UMNO tidak tahu apa definisi Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam dari kacamata UMNO


hadis nabi

“sekiranya berlaku kemungkaran dihadapan kamu, maka cegahlah ia dengan tangan (yakni kuasa), jika tidak mampu cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu lagi cegahlah dengan hati, itulah selemah-lemah iman”

Kuasa sudah ada ditangan kalian, namun arak masih lagi berleluasa? Adakah terdapat kebocoran pada screening test tersebut?Atau adakah terdapat kepentingan duniawi yang kalian kejar?


Oh, mungkin laknat atau balasan Allah belum lagi kelihatan, atau mungkin baru kelihatan di Brunei, seperti yang di tulis di mymetro di sini


“BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.


“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.


“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. – AP”

mungkin selepas ini, Kerajaan Malaysia boleh berguru dengan kerajaan Brunei..siapa tahu…dan ini hanyalah berkenaan dengan arak sahaja, ada banyyaaaaaaakkk lagi benda lain yang begitu kontra dengan screening test negara Islam…fikir-fikirkanlah….



Posted in: Keluarga, Social