Perempuan Murahan

Posted on April 7, 2010

0


dah lama dah aku tak post…

kali nak post la..

entri kali ni mungkin kontroversi bagi sesetengah pihak…

tapi tak mengapa..

mungkin sudah menjadi lumrah perempuan zaman sekarang…

mudah benar untuk memberikan yang tidak sepatutnya kepada ‘buaya’ friend mereka…

Modern Modern Modern

mungkinkah itu yang dikatakan moden?

mari kita tengok sedikit analogi

Analogi pertama

aku ada satu batu permata, yang sangat cantik, yang sangat mahal, yang tak ternilai harganya…

tidak mungkin aku akan letak batu permata tersebut di atas meja tanpa sebarang pengawasan…

tak mungkin aku membiarkan orang ramai menyentuhnya sebarangan…

dan kalau lagi leceh, aku akan sembunyikan, tak nak bagi orang lain tengok pun..

sebab nilainya yang sangat tinggi…

aku risau ada orang yang akan rosakkan atau curi permata tersebut…

analogi ke-2

aku bercadang untuk membeli sebuah kereta, maklumlah dah 2 tahun bekerja..

seorang jurujual tersebut mengatakan, “abang, kalau abang beli set pameran ni, murah lagi dari yang betul-betul baru punya, set pameran ni bukannya second hand abang, masih baru bang, Cuma ni adalah untuk di pamerkan je”…

aku berkata di dalam hati,”alaa, walaupun baru, tapi da ramai orang sentuh, cek enjin, duduk dalam kereta, dan banyak lagi..aku kalau boleh nak yang masih dalam plastic punya, biar bau kedai”

kesimpulan

begitu juga dengan wanita, wanita begitu bernilai, kehormatannya, maruahnya, auratnya, semuanya mempunyai nilai yang sangat tinggi dan tidak boleh sewenang-wenangnya diserahkan kepada sesiapa yang tidak sepatutnya khususnya lelaki

sanggupkah kalian membiarkan maruah kalian dinodai begitu sahaja oleh lelaki-lelaki yang hanya melihat kepada nafsu semata-mata?

Sanggupkah kalian membiarkan rambut kalian, lengan kalian, bentuk badan kalian dan mana-mana jua bahagian badan yang merupakan aurat kalian ditatap oleh lelaki-lelaki yang tidak halal bagi kalian?

Sanggupkah kalian membiarkan lelaki-lelaki membelai tangan kalian, merangkul pinggang kalian, walaupun mereka mendakwa sebagai ‘boyfriend’ yang akan sehidup semati dan sanggup berenang lautan api?

Wahai Wanita, rambutmu memang makhkota mu, tapi bukanlah makhkota yang tertinggi, dan bukanlah untuk tujuan tayangan umum. Ingatlah, maruahmu sangat berharga, dan tidak harus dijadikan sebagai tatapan dan santapan umum.

Janganlah menjadi barangan ‘second hand’ atau set pameran…

Posted in: Keluarga, Social