Perjuangan bersifat perkauman

Posted on April 7, 2010

0


beberapa minggu yang sudah, kita melihat mesyuarat agung PERKASA telah dijalankan dengan jayanya (menurut akhbar-akhbar dan media-media tempatan)

tapi saya tidak ingin mengulas lanjut berkenaan dengan apa isi kandungan mesyuarat tersebut, kerana saya bukannya ahli PERKASA

cuma di sini, saya melihat PERKASA lebih kepada satu pertubuhan perkauman, yang bagi saya agak kontradik atau berbeza dengan ayat di bawah..

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Al Hujurat ayat 13

mungkin PERKASA ada objektif dan matlamat perjuangan mereka yang tersendiri yang saya mungkin tak tahu, maklumlah saya bukannya ahli PERKASA

dan ini adalah salah satu entri yang saya agak tertarik berkenaan dengan PERKASA

Ketua WIRA PERKASA

wow…kenapa dengan beliau? baca lebih lanjut di sini