Khutbah Jumaat Yang Menginsafkan II

Posted on April 10, 2010

0


sambungan dari Khutbah Jumaat Yang Menginsafkan ..

“Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,” Al Isra’ ayat ke-32

Surah Al Isra’, ayat ke 32, ayat yang dibacakan seawal khutbah pertama oleh Ust Dawi Cahyono Nurdin, seorang Ustaz, selaku pensyarah Basic Islamic Studies, yang juga merupakan Imam Masjid An Nur, dan juga merupakan antara staff terlama berkhidmat di UTP (sebelum UTP wujud lagi, pada ketika itu dikenali sebagai kampus USM).

Ustaz Dawi no.2 dari kanan

Ayat ini cukup sinonim dengan golongan yang suka untuk melaksanakan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.

Lebih-lebih lagi bila diadakan sesi dakwah seperti yang selalu dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS dan beberapa lagi organisasi berteraskan Islam di malam-malam yang hot seperti malam tahun baru dan sebagainy

a.Saya tidak pasti sama ada terdapat atau tidak golongan dari kalangan UMNO Barisan Nasional yang bekerjasama dalam hal ini. Kalau ada Alhamdulillah, dan harap-harap boleh dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Program Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Kalau belum ada lagi, mungkin selepas ini bolehlah bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS, atau mungkin Jemaah Islah Malaysia (JIM), JAWI dan banyak lagi badan-badan Islam yang lain, untuk turun padang dalam melakukan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar, bertepatan dengan perlembagaan UMNO iaitu:

FASAL 3 – Asas & Tujuan

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

“Menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam…”, oleh itu, menjadi sesuatu yang saya kira ‘wajib’ kepada UMNO untuk Menegakkan dan Mempertahankan Islam dari diperkotak katikkan oleh golongan-golongan yang kelihatan seolah-olah tidak peduli atau jahil berkenaan dengan Islam dan hukum hakamnya.

Berbalik kepada ayat tadi, di mana Allah telah melarang kita dari menghampiri zina. Kenapa Allah kata jangan menghampiri? Kenapa tak kata Jangan Berzina?

“Kalau ada lubang di tengah jalan, ada tak orang letak papan tanda ‘Awas! Jalan Berlubang’ di dalam lubang, sudah semestinya papan tanda tersebut diletakkan sebelum tempat yang berlubang itu betul tak? Jadi orang ramai boleh mengelakkan dari termasuk ke dalam lubang itu, bila tak masuk dalam lubang, tak de la rasa sakit sebab terjatuh dalam lubang, sebab apa? sebab mengelak dari awal la”

Itu adalah kata-kata dari seorang ustaz ketika berbincang berkenaan dengan ayat ini, kenapa digunakan ‘Jangan Menghampiri Zina’ (dan sudah pasti ayat tersebut bukanlah sama 100% seperti apa yang ustaz itu sebutkan, tapi isinya lebih kurang begitulah)

Saya kira sudah jelas dan nyata akan larangan Allah ini terhadap kita, bukannya Allah nak sekat manusia dari mengikuti norma-norma atau fitrah penciptaan manusia yang ingin hidup berpasang-pasangan. Ada caranya, ada salurannya. Iaitu melalui perkahwinan, atau nama yang lebih sedap ikatan Baitul Muslim. Saya tidak berniat untuk mengulas lebih lanjut berkenaan dengan Baitul Muslim kerana tempoh hari, telah diadakan satu forum yang bertajuk Forum Baitul Muslim yang mana panelisnya adalah Ustaz Habiburrahman El Sherazy (pengarang novel terlaris Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih 1 & 11) dan juga Ustaz Hasrizal atau di kenali sebagai Ustaz Saiful Islam (blogger SaifulIslam.com, dan juga pengarang novel Aku Terima Nikahnya dan beberapa novel lagi).

Dari Kiri; Dr Raja Malaysian Studies, Ust Habiburrahman dan Ust Hasrizal

Jadi kembali kepada permasalahan zina tadi, adakah zina ini hanya pada fizikal sahaja? Maksud kata, adakah hanya apabila seorang lelaki dan seorang perempuan yang bersetubuh secara haram, luar nikah dikira berzina? ada zina lain lagi ke?


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah menentukan untuk anak Adam mendapat bahagian dari zina, tidak boleh tidak. Zina mata melihat (perempuan), zina lidah berbicara dan zina hati mengharap dan menginginkan, hanya anggota kelamin yang menentukan benar atau tidaknya dia berbuat zina.”
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1783.

Nah, jelas disitu, ada Zina Mata, Zina Hati, Zina Lidah.

Saya ingin memetik satu diskusi di sebuah laman forum al-fikrah.net, yang menyebutkan:

hadith2 di atas tu adalah hadith sarih atau muhkam, maksudnya dia bukan dalam bentuk kiasan…setiap istilah itu dah dijelaskan

Zina mata ialah memandang…
zina lidah ialah berkata
zina hati ialah keinginan

zina mata adalah memandang..pandangan yg penuh syahwat, menuruti aurat itu dari kaki naik ke betis, naik ke paha dan seterusnya…
Zina lidah ialah dgn kata2 cabul
manakala zina hati ialah dgn imaginasi dan rasa ghairah
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

“bersms atau chatting hi hehe huhu da makan blom dah mandi dah main bola dah sidai baju dah masak karipap bla bla bla… juga merupakan salah satu zina hati, bila kita terasa seronok berbual melalui sms chatting mirc dengan berlainan jantina”, antara kata-kata yang saya masih ingat sampai sekarang.

buzzz (vibrate)

Pokoknya di sini, zina ini adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT secara terus (direct). Oleh itu, mari kita sama-sama muhasabah kembali diri kita, saya bermuhasabah dengan diri sendiri, anda bermuhasabah dengan diri anda, adakah kita sudah betul-betul bersih dari zina, tidak kiralah kamu ni ahli PAS ke, UMNO ke, PKR ke, yang penting bila kita beragama Islam, hendaklah kita sedaya upaya beriman dan masuk ke dalam Islam secara keseluruhan, dan hendaklah bersama-sama dengan kumpulan yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka dan menjadikan Tertegaknya Islam secara total sebagai matlamat mereka.


Post berkenaan dengan Khutbah Jumaat Yang Menginsafkan ini belum tamat lagi. Selepas sedikit Intro untuk khutbah yang pertama, Ust Dawi ada memaklumkan statistik bilangan anak luar nikah di Malaysia.

Berapakah bilangannya? Adakah berada di zon selesa atau zon bahaya?

Sama-sama kita nantikan di Khutbah Jumaat Yang Menginsafkan III..

-bersambung-

Posted in: Academic, Keluarga, Social