Pelik…

Posted on April 12, 2010

0


hujung minggu yang penuh rintangan…

mana tidaknya, kami (penghuni V5A L5…) tak dapat connect ke internet..

hurmm..mungkin itu sedikit cubaan yang di berikan kpd kami, nak ajar kami bagaimana hidup orang2 yang tak berkemampuan dan berkesempatan untuk menikmati jaringan internet…

banyak email yang masuk yang agak outdated, sebagai contoh email utk meeting (sangat memohon maaf kerana baru dapat message gTalk dan email pagi tadi)

ada banyak berita dan info2 yg sedap2 dan terhangat sepanjang hujung minggu ni,

dan yang saya agak tertarik, adalah berkenaan dengan penubuhan JK Antara Agama..

Mengikut laporan BERNAMA..

Ilani Isahak Ketuai Jawatankuasa Antara Agama

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Kabinet memutuskan melantik bekas anggota Parlimen Kota Bharu Datuk Ilani Isahak sebagai pengerusi Jawatankuasa Antara Agama untuk mempromosikan persefahaman bersama dan harmoni di kalangan pelbagai agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata jawatankuasa itu yang ditubuhkan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi sebagai sekretariat, perlu melaporkan kepadanya, menteri yang bertanggungjawab dalam perkara ini sebelum beliau mengemukakan kepada kabinet.

Beliau berkata jawatankuasa itu yang ditubuhkan Februari lepas membabitkan wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam (IKIM) dan Majlis Perundingan mengenai agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois Malaysia (MCCBCHST).

Tidak ada anggota politik dilantik dalam jawatankuasa ini, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Selasa.

“Mereka akan bertukar-tukar pandangan dan membincangkan isu serta mengelakkan sebarang salah faham dan salah tafsiran. Ini bukan satu struktur undang-undang, bukan struktur yang kaku…ini rangka kerja untuk menyediakan interaksi bagi pertukaran idea,” tambahnya.

“Kita (kerajaan) tidak mahu menamakannya baca selanjutnya di sini

Saya tidak berniat untuk mengulas lanjut berkenaan dengan pro and cons penubuhan JK ini, mungkin ada pihak yang lebih arif dalam mengulas penubuhan JK ini, atau mungkin dilain masa, kalau saya berkesempatan, saya akan cuba untuk mengulas isu ini.

Tapi apa yang saya cuba sentuh di sini adalah berkenaan dengan ayat yang saya petik dari berita tersebut.

Tidak ada anggota politik dilantik dalam jawatankuasa ini, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Selasa.

Saya cuba untuk mencari siapakah dia Ilani Isahak ini..

Hasil carian..

Pertama

Exco Wanita UMNO yang bertanding

Bil Nama calon Undi diperolehi Negeri
1 Raja Ropiaah Raja Abdullah 627 Johor
.
.
.
20 Ilani Isahak

Rujuk di sini

Kedua

Won by  ADIL P21 – Kota Bharu

Total Voters  63,010

Ilani Isahak (BN UMNO)

16517

Mohd Din Nizam Din (OPP BERJASA)

409

Ramli Ibrahim (OPP KEADILAN)

26723     Total Votes cast % Votes cast Spoilt Votes Majority Votes 43649    995  10206

Rujuk di sini

Hurmm…adakah beliau bukan ahli politik?

Atau adakah BERNAMA memang nak member half-truth information?

Adakah ada dalang disebalik BERNAMA?

Adakah BERNAMA boleh dipercayai?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

(الحجرات:6)

Wahai orang-orang yang Beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan (al-Hujurat:6)

Fikir-fikirkan

Di lain masa, kalau berkesempatan, saya akan cuba cari atas kredibiliti apa yang menyebabkan beliau terpilih, mungkin beliau mahir dalam selok belok semua agama yang ada…

atau mungkin ada sebab lain….

Iklan sebentar

Pilihanraya kecil Hulu Selangor semakin dekat, bahang semakin terasa, kepada para pengundi, fikir-fikirkan, jangan dek nikmat sementara yang besar, masa depan di korbankan

Fikir semasak-masaknya, demi masa depan

Result of the Last General Election for Hulu Selangor