Kalau PR….

Posted on April 18, 2010

0


Ni adalah poster yang saya dapat di SINI. Poster besar ini telah mula di pasang di sekitar Hulu Selangor.

setahu saya yang bertanding adalah Datuk Zaid (PKR), En Kamalanathan (BN), dan 2 lagi calon bebas.

tapi mengapa yang di serang adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim?

mana pergi polis2 yang seolah2 bertindak selaku polis barisan Nasional? Poster sebegini patut diturunkan, sebab ia boleh

menimbulkan kekacauan, dan tidak keterlaluan untuk saya katakan ini adalah satu bentuk hasutan dan fitnah!!

Kemukakan bukti yang kukuh, jangan bersikap main lepas cakap sahaja, hanya bermodalkan air liur basi semata-mata.

Ini pula baju hantu altantuya yang di gunapakai oleh chegubard dan rakan2 se AMK nya. Saya di maklumkan pada masa ini terdapat beberapa polis mengarahkan mereka

untuk menanggalkan pakaian tersebut. Eh, kenapa pulak? salah ke? Ini bukannya menyerang peribadi siapa2 pun.

PM1 Malaysia DS Najib terlibat? ini adalah laporan dari media2 antarabangsa (SINI dan SINI)

Jadi cepat bersihkan nama Malaysia kalau betul2 DS tiada kaitan dengan altantuya. Lagi satu, kalau tiada kaitan, buat apa nak takut dengan T Shirt CheguBard, T Shirt tu lawa apa..

Kesimpulannya, bersikap adil la…jgn berat sebelah, bila poster BN attack PR guna isu2 yang separa betul bukti nya, takde hal pula, tp bila PR naikkan isu kecam pemimpin kerajaan dengan segala fakta yang ada,

dikatakan sebagai penabur fitnah la pulak…