Kami Akan Buktikan

Posted on April 20, 2010

0


Itulah azam para blogger BN dalam usahanya untuk menbuktikan yang Datuk Zaid Ibrahim adalah pemabuk a.k.a kaki botol yang tegar. Seperti yang dimaklumkan oleh blogger BN, GAP menerusi blog beliau yang sensasi di dalam peperangan siber antara PR dan BN, beliau memberikan satu keyakinan, “pastikan anda berada di depan laptop dan pc anda pada hari isnin 19 april 2010 tepat jam 12 tengahari ! ANDA WAJIB IKUT CAKAP GAP ! CONFIRM MELETOP !” (Rujuk SINI)

dan kesudahannya, timbul beberapa gambar, menunjukkan Datuk Zaid sedang menikmati wiski!!

Ini satu tuduhan yang cukup serius? betulkan Datuk Zaid seorang pemabuk? ya, Blogger GAP ini juga ada mengepilkan beberapa gambar seperti di bawah (rujuk di SINI)

betulkah ini gambar Datuk Zaid? cuba lihat gambar ini pulak.

Kalian semua akan lebih percaya yang mana? Kalian bisa tentukan, yang mana satu betul, yang mana satu tipu, edited, photoshop, fireworks, bla2…jangan sampai yang menipu ternobat sebagai pemfitnah kerana dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh. Jangan di sebabkan terlalu ingin menyahut cabaran dari Azmin Ali, segala halal haram main langgar jer, demi mendapatkan political mileage murahan.

Berikut adalah ulasan dari MalaysiaKini

Hulu S’gor: Perang ‘botol arak’ di dunia siber

Beberapa pemimpin utama Umno kini turut terkena tempias kepanasan kempen serangan peribadi terhadap calon PKR Datuk Zaid Ibrahim yang dikaitkan dengan tabiat minum arak.

Ia ekoran tindak balas penulis blog pro-Pakatan yang menyiarkan foto yang dikatakan menunjukkan pemimpin Umno itu, turut melakukan perkara yang sama.

Berita lanjut di SINI