Perang Siber (Kesalahan2 Mengedit Gambar mengikut pandangan saya) II

Posted on April 20, 2010

0


ni satu lagi gambar yang saya dapat di internet. Mari kita tengok kesalahan mengedit gambar yang di lakukan oleh pengedit yang saya kira amatur atau baru ‘first time’ jumpa adobe photoshop.

Kesalahan-kesalahan yang saya berjaya kesan adalah:

1. Ketidak seimbangan antara kepala dan badan, kepala seolah2 in door, manakala badan nampak sangat outdoor

2. Sumber cahaya bagi kepada adalah seperti setentang dengan kepala, manakala sumber cahaya bagi badan, tangan dan botol adalah seolah-olah berpunca dari atas (matahari)

3. kalau lah di katakan yang gambar badan di potong dari gambar lain dan di tampal ke background taman ini, agak pelik sebab potongan pada badan sangat tepat, manakala potongan pada dahi ada sedikit lebihan pada gambar asal, dan rambut pula sangat bulat, tanpa ada ciri2 lebihan rambut

4. Pembiasan pada cermin mata Datuk Zaid nampak sangat dari gambar lain, manakala dari botol arak tersebut memang menunjukkan itu adalah gambar outdoor

5. Warna kulit muka Datuk Zaid dengan tangannya agak tidak sama

6. Posisi leher Datuk Zaid dan badan beliau tidak sesuai dan sangat cacat, sepatutnya badan kena ke bawah sedikit atau pun beliau kena mendongak sikit

Itu saja yang saya dapat simpulkan berkenaan dengan kesalahan-kesalahan mengedit melalui pengamatan saya, sebenarnya ada banyak lagi yang boleh di rungkai, namun saya hanya mempunyai gambar yang seelok ini, kalau saya ada gambar yang bersaiz lebih besar, mesti lagi banyak kesalahan yang boleh di jumpai.