MengeTar@Menurap jalan di Waktu hujan

Posted on April 22, 2010

0


Siapa yang mengambil jurusan Kejuruteraan Awam? atau siapa yang ada belajar cara2 mengetar@menurap jalan?

Kalau menurap jalan sewaktu hujan, jadi tak?

Mari kita berkongsi ilmu….


Setiausaha DAP Selangor yang juga ADUN Kampung Tungku, Lau Weng San yang sedang memandu ketika hujan lebat terserempak dengan kontraktor JKR yang sedang menurap jalan di Jalan Ampang Pecah ke Kuala Kubu Bharu semalam.

“Dijalankan oleh JKR, pelebaran dan penurapan jalan di Ampang Pecah ke KKB. Saya pergi semalam, hujan di sebelah petang dan lebat. Kerja penurapan jalan diteruskan masa hujan lebat,” katanya.

Beliau yang memiliki latar belakang kejuruteraan berkata tidak masuk akal melakukan projek berkenaan ketika  hujan lebat.

Baca Lebih lanjut