Panaz…Panaz…Panaz…

Posted on April 23, 2010

0


Berapa kali panazz daa…

fyi, hari ini saya dan rakan2 bertungkus lumus menyetelkan projek EOR (Chemical EOR for Dulang Field), yang mana ada berlaku sikit kesilapan dalam comparison between selected CEOR ngn Water Flooding (kitorng g compare ngn WAG la plak…sekali silap daaaaaa…)

pas setel ngn sikit discussion td, saya terus bergegas ke bilik gamelan UTP, training gamelan sbb cekgu Gamelan nak wat test gamelan pulak minggu depan…bertukar pulak menjadi seorang penggiat seni…

lepas tu, balik bilik dan kembali menjadi seorang penggiat EOR, dan bergiat dengan comparison hasil diskusi tadi…

selepas itu, saya pun seperti biasa berjalan2 di sekitar internet…dan saya terjumpa satu pendedahan lagi…panazz beb…

sebelum itu, mari kita tengok sedikit kronologi ringkas pasal calon BN dan kisah ‘degree’ nya…

P Kamalanathan menguarkan2 degreenya menerusi media2

RPK mendedahkan siasatannya bagi membuktikan degree yang di dakwa di miliki oleh P Kamalanathan adalah palsu

Degree P Kamalanathan di dapati benar

dan sebentar tadi…saya terbaca akan satu info terbaru (saya rasa terbaru), dan jom kita tengok…jeng3…

Kamalanathan tipu tetap tipu!

Kalau kita lihat, Kamalanathan calon BN dari wakil MIC di Hulu Selangor ni seolah-olah difitnah apabila ijazahnyanya berjaya disahkan. Dalam entry sebelum ini (telah disekat daripada tatapan umum) CiLiK© telah memohon maaf secara terbuka pada awalnya kerana merasa bersalah di atas berita palsu yang dikeluarkan di Blog MiLo SuaM. Tapi nampaknya CiLiK© tarik balik kenyataan maaf itu memandangkan kenyataan tentang ijazah di dalam resume serta profile laporan Utusan Malaysia sememangnya palsu! Dan terbukti palsu!

Ramai yang mendakwa Raja Petra berbohong atau cuba memfitnah Kamalanathan, tetapi jika dilihat Raja Petra cuba menyiasat kesahihan Ijazah milik Kamalanathan berdasarkan nama kursus yang didakwa dimiliki oleh Kamalanathan iaitu Bachelor of Mass Communication in public relation. Tetapi sebenarnya Kamalanathan tidak mempunyai ijazah dengan kursus Mass Communication in Public Relation, dia sekadar mempunyai ijazah general Bachelor of Communications. Ini dia salinan ijazah Kamalanathan,

Tetapi di dalam resume beliau mengatakan beliau mempunyai Bachelor of Mass Communication in Public Relation lihat bukti di bawah ini, ternyata pembohongan ini masih jelas ketara! Apa niat Kamalanathan berbohong di dalam hal ini? Sedangkan dia sekadar memiliki ijazah umum Bachelor of Communications dan bukannya ijazah spesifik iaitu Bachelor of Mass Communication in Public relation! Ular tetap ular!

//

Nuffnang Ads

Hasil dari maklumat seorang kenalan dari Edith Cowan University, di sini CiLiK© sertakan contoh certificate yang specifik dari seorang student yang pernah belajar di Edith Cowan University, student ini memiliki diploma of arts in languages studies dan inilah rupa certificate tersebut kerana beliau mempunyai kursus major di university tersebut.

Contoh sekiranya seorang student memiliki Bachelor of biotechnology, dia tidak boleh mengatakan dia mempunyai Bachelor of biotechnology in microbiology, itu adalah pemalsuan ijazah. Malah Kamalanathan yang hanya memiliki ijazah umum Bachelor of Communication mengaku mempunyai bachelor of Mass communication in Public relation jelas sekali satu pembohongan!

CiLiK©: Kalau dah nama bohong tetap bohong ‘macha’ lu ada ijazah lain tapi lu kata ijazah lain, lu tetap buat pemalsuan ijazah! dey macha ular!!

(Sumber)