Petugas2 Pakatan Rakyat di BERI AMARAN!!

Posted on April 23, 2010

0


pesanan ini aku amek dari SINI, khusus buat petugas2 PR di PRK Hulu Sngor…

WARNING kepada para petugas Pakatan Rakyat

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Sebenarnya den dapek kontek dari kenkawan UMNO dari Seremban dan Rasah. Dari mulut mangkuk-mangkuk ni, pemimpin diaorang dah endorse untuk membuat provokasi macam kek Bagan Pinang. Den sudah pun kontek budakbalun untuk amik langkah berjaga-jaga. Dengan Dugong den tak sompek nak bercakap kredit nset den abis. Kredit nset abis mengumpat pasal Kamalanathan menipu kelayakan akademik dio. Ha Ha Ha. Padan muko den.

Objektif bikin provokasi

Di sini, jiko ikut pengalaman di Bagan Pinang, UMNO akan membuat provokasi di kawasan-kawasan ramai petugas-petugas PAS dari pantai timur macam Kelantan dan Terangganu. Apo objektif UMNO bikin provokasi ni bai? Ado 2 objektif terbesar. Den masih ingat lagi tulisan pasal objektif yang ditulis dekat whiteboard dalam bilik gerakan UMNO di Bagan Pinang. Objektif-objektif itu ialah :

1] Menakutkan para pengundi yang tinggal di luar kawasan dari balik mengundi pada hari mengundi. Ingat, di Hulu Selangor ado 30% pengundi yang tinggal di luar kawasan.

2] Tangkap gambar dan video petugas-petugas PAS yang memulakan pergaduhan dan sebarkan ke internet. Ingat objektif mereka sebarkan ke internet. Sebar pada media massa dah jatuh nombor 2. Tapi tetap sebar jugak.

Langkah-langkah perlu oleh petugas PR

Di entri ini, den perturunkan balik ingatan-ingatan den pado petugas-petugas Pakatan Rakyat semasa kehangatan provokasi pemudo UMNO dan Pekida semasa di Bagan Pinang 6 bulan yang lalu.

Dari sumber dalaman, kejadian pemuda Pas dipukul petang semalam dan malam tadi serta beberapa kekecohan yang berlaku semalam rupanya telah dirancang oleh mereka.

Maka disini petugas-petugas Pakatan perlu mengambil langkah-langkah berikut:

1] Pastikan dalam grup saudara mempunyai kamera. Jika ada videocam lagi bagus.

2] Pastikan mobile phone anda sentiasa berada disisi dan mempunyai kredit.

3] Jangan mulakan apa-apa provokasi dan bertindak sebagai pendamai. Dari pihak mereka, mereka sedaya upaya membuat provokasi kepada petugas pakatan supaya petugas pakatan memulakan pergaduhan dan tumbukan. Itu objektif mereka.

4] Terus mulakan sesi fotografi kepada sesesiapa yang memulakan provokasi atau mereka-mereka yang mahu mencetuskan pergaduhan ditempat anda.

5] Terus kongsikan gambar-gambar tadi kepada bloggers Malaysia yang berdekatan dengan anda. Kita mempunyai ratusan bloggers disetiap upu.

6] Juga kongsikan cerita dan maklumat kejadian tadi kepada bloggers Malaysia tadi. Maklumat anda tadi akan terus disiarkan dilaman web supya dapat dikongsi oleh semua orang dan disebarkan.

7] Jangan melakukan tindakan dan perbuatan berseorangan. Lakukan dalam grup.

Kepada bloggers Malaysia,jangan segan memakai tag anda. Ia amat penting supaya anda mudah dikenali oleh para petugas pakatan.

Doakan supaya tiada kejadian buruk berlaku.Kepada Allah kami bergantung harap. [link]

* Den harap sangat jangan ado yang sebarkan sms jihad macam kek Bagan Pinang. Sms tu sebona eh yang bikin panas lagi. Bondo patut dah cool tapi panas balik dengan sms jihad tu. Bingai. Jangan lakukan kebodohan yang samo di Hulu Selangor. Den mintak tolong sangat. Korang tak tahu apo yang den hadapi di Bagan Pinang. Pliss, tolong jangan nakal bai.