BN menang secara rasmi dengan majoriti 1725 undi

Posted on April 25, 2010

0


Berlapang dada

Itulah yang mampu saya ucapkan kepada penyokong dan petugas Pakatan Rakyat. Mungkin keputusan untuk PR kalah di Hulu Selangor adalah yang terbaik buat masa sekarang, kerana PR mungkin akan diberikan kemenangan yang lebih besar di masa akan datang. Siapa tahu?

Namun perlu diingatkan di sini, satu sesi post morterm perlu di adakan oleh semua jentera di pelbagai peringkat, sama ada secara rasmi (oleh barisan kepimpinan PKR dan PR) atau secara individual (muhasabah diri), apa faktor2 kekalahan Pakatan Rakyat pada siri PRK kali ini. Segala kelemahan perlu di cari jalan penyelesaiannya sebagai rujukan di masa depan.

Berbalik kepada keputusan PRK kali ini, beberapa analisa telah di buat secara tidak rasmi oleh beberapa blogger, antaranya blogger Tulang Besi. Saya kira ada baik buruk pandangan dan analisa dari Tulang Besi yang mungkin boleh di ambil oleh PR dalam sesi post morterm nya. Saya tidak memaksa tapi sekadar memberikan cadangan kerana pandangan dari pelbagai sudut itu amat penting dalam menghasilkan keputusan yang matang.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada BN kerana memenangi PRK kali ini, tapi ingat, kalau anda bermain secara kotor, kemenangan itu hanyalah bersifat kosmetik semata-mata kerana seorang wanita yang tua itu akan nampak ketuaanya walaupun beliau menggunakan alat kosmetik yang mahal.

Kalau saya berkesempatan, saya akan cuba untuk mengulas lebih lanjut berkenaan dengan kemenangan BN dan kekalahan PR pada PRK Hulu Selangor. Pakatan Rakyat, kekalkan momentum anda, rakyat akan menjadi hakimnya. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh (kalau orang yang gatal nak kawin, bercerai kahwin lagi adalah sambungan kepada bersatu kita teguh..hehe)