BN Menang

Posted on April 25, 2010

0


Menurut beberapa sumber yang tidak rasmi, keputusan PRK Hulu Selangor kali ini telah menyebelahi pihak BN secara tidak rasminya. “Tahniah diucapkan kepada rakyat Hulu Selangor kerana telah membuat pilihan yang bijak dalam pilihanraya kali ini”, mungkin ini adalah ungkapan yang akan terkeluar dari barisan pimpinan BN, atau mungkin dari mulut P Kamalanathan sendiri, calon 1Malaysia. “BN merampas semula kerusi Hulu Selangor”, ini pula merupakan tajuk utama media2 perdana jika BN memenangi PRK Hulu Selangor esok, dan beberapa muka dalam akhbar di jangka akan mengulas mengenai kemenangan BN, mungkin selama dua tiga hari. Namun, seperti mana yang saya kata, keputusan masih belum rasmi lagi, mari kita nantikan keputusan yang rasmi.