Hulu Selangor Hari Ini

Posted on April 25, 2010

0


di petik dari blog list malaysia

2.45 : Di Sek. Keb Taman Bunga Raya (1), keadaan pengundi yang datang mula lengang kembali.

Penyelia pusat mengundi, Hamidah Nipah berkata di sini saluran 2 mencatat bilangan pengundi paling tinggi iaitu 263 dari keseluhan jumlah pengundi 940.

2.35 pm : Peratus keluar mengundi sehingga jam 2 petang adalah 63.74 peratus iaitu 41,112 pengundi.

1.45 pm : Sekali lagi pergaduhan hampir berlaku antara sukarelawan India dari Pakatan Rakyat dengan petugas India BN ekoran berebut memberi perkhidmatan kepada para pengundi India di SJK (T) Sungai Choh.

1.40 pm : Di Pusat Pembuangan undi SJK (T) Sungai Choh, Taman Bukit Teratai- Panyokong Pakatan semakin ramai menjelang sesi pengundian sebelah petang.

Sukarelawan PKR yang bertugas dibarong panas meluahkan rasa yakin, Zaid mendahului melihat kepada sambutan pengundi yang datang ke barong PKR sejak pagi tadi berbanding barong BN.

Dari 1,410 pengundi berdaftar di sini, kurang 100 pengundi sahaja lagi yang belum menunaikan tanggungjawab.

1.30 pm : Peratus keluar mengundi adalah 56.82 peratus atau 36,650 pengundi.

1.00 pm : Kekecohan berlaku, kini di Sek. Keb. Sg. Rasa. Bermula apabila penyokong BN merentap bendera Keadilan selepas tidak berpuas hati dengan sorakan penyokong Pakatan Rakyat.

Pergaduhan kecil juga berlaku, namun suasana bagaimanapun kembali tenang selepas dileraikan pihak polis.

12.50 pm : Norasyikin Zakaria, 35, antara pengundi terawal pagi tadi memaklumkan berlaku kekecohan di tempat beliau mengundi di Sek Keb Bandar Baru Batang Kali, selepas seorang pengundi sebelumnya tidak berpuas hati kerana namanya hilang dari buku daftar pemilih.

Dalam semakan online sebelum itu, pengundi itu mendakwa namanya ada ada dalam daftar pemilih.

Dia kemudian berang, apabila aduannya didakwa tidak dilayan petugas SPR.

12.40 pm : Di Sek. Keb. Serendah, petugas sukarelawan PKR sangsi dengan penempatan berpuluh FRU dan anggota Polis di sini kerana sejak pagi tadi tiada suasana tegang tercetus di sini.

Mereka mendakwa kemungkinan kawalan ketat tersebut mempunyai agenda tertentu

12. 20 pm : Ketua AKM Selangor, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin ketika mengulas peratus sedikit keluar mengundi sebelah pagi berkata “Ini mungkin protes senyap orang Melayu kepada Kamalanathan (calon BN)”.

12.10 pm : Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.4 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.