Isu-Isu Yang Agak Sensasi

Posted on April 25, 2010

0


Saya tidak tahu sejauh mana benarnya isu-isu yang cuba untuk saya tonjolkan di bawah, dan saya akui maklumat ini adalah bersumberkan dari satu sudut sahaja iaitu dari sudut pakatan rakyat sahaja. Ini kerana saya yakin anda semua telah masak dengan berita satu sudut yang diterbitkan menerusi saluran perdana seperti TV1 TV2 TV3 dan rakan2.

Selalu orang berkata kepada saya, “ko tengok dari satu sudut jer, dari sudut pembangkang jer, tu yang ko tengok berita TV ko kate tipu”.

Lalu saya pun menjawab, ” kalau ko tengok TV jer, mesti ko kate yg media alternatif ni tipu kan…”, “tengok lah 2 2, baru neutral”, ujarnya lagi.

“dah tengok da 2 2, tp mcm pelik jer, aku yang pening plak”, saya membalas sambil menghirup air teh 0 kurang panas.

Itu adalah dialog-dialog yang selalu timbul sekiranya saya mula mengutarakan topik yang berbaur politik.

Mari kita lihat isu-isu yang saya kira agak sensasi. Perlu dingatkan sekali lagi, ini adalah pandangan dari satu sudut. Kalau sekiranya berita ini tidak tepat, sila kemukakan sumber yang tepat bagi menyangkal berita ini, sekiranya berita ini tepat, saya pohon agar yang membuat perkara tidak elok ini segera bertaubat.

Isu pertama: 1Malaysia yang retorik dan bersifat kosmetik semata-mata

“Kamu orang Cina, sini tempat Melayu,” herdik seorang lelaki di bilik gerakan Barisan Nasional terhadap dua orang wartawan perempuan di Kampung Sungai Buaya, pagi ini. Malah, lelaki tersebut menuduh wartawan yang sedang bekerja di bilik gerakan itu sebagai “pengintip dari pihak musuh”.

Kejadian ini berlaku apabila wartawan MerdekaReview membuat liputan di Kampung Sungai Buaya bersama seorang lagi wartawan dari Laksou (satu media internet bahasa Cina). Kedua-dua orang wartawan perempuan keturunan Cina ini singgah di bilik gerakan BN untuk menyiapkan kerja, selepas mendapat kebenaran daripada petugas bilik gerakan BN.

Pada mulanya, beberapa orang petugas yang peramah menyediakan meja untuk wartawan, setelah mengenalpasti identiti mereka. Namun, pada masa kedua-dua orang wartawan mulakan kerja mereka, seorang lelaki berketurunan Melayu memasuki bilik gerakan itu secara tiba-tiba.

Beliau dan pengikutnya bertanya kepada wartawan, siapakah dan dari manakah mereka datang? Wartawan tersebut telah memaklumkan secara lisan identiti mereka, malah wartawan Laksou telah menunjukkan kadnya, di samping menyatakan tujuan mereka berada di situ. (Baca lebih lanjut)

Isu kedua: Blogger BN menipu?

Hari ni hari Jumaat… Pope Gomo mungkin nak doublekan dosa-dosa dia hari ni mengikut ajaran agama APCO… jadi Pope Gomo menulis:

Selepas solat Jummat tadi di khabarkan Nik Ajis cuba menguasai pentas Masjid apabila tampa segan silu cuba menyampaikan ceramah politikknya di dalam Masjid Hulu Selangor.

Belum sempat Nik Ajis menyampaikan ceramah pegawai JAIS telah menghaang Nikk Ajis dari memberikan ceramah nya bagi melaksanakan Titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan Masjid di dalam negeri Selangor di jadikan medan Ceramah Politik.

Akhirnya Nik Ajis tersipu sipu malu kerana tahu bahawa Titah Sultan Selangor itu lebih Mulia dari peranannya sebagai Wali Terompah.

Di harapkkan Pihak JAIS melaksanakan tugas dengan amanah dan bertanggungjawap tampa di kuasai oleh mana mana pihak politik dalam isu ini.

Aku tak pasti dari mana Pope Gomo dapat berita ni tapi aku yakin 100% bahawa Pope Gomo tak pergi sembahyang Jumaat hari ni… elok kita pakat-pakat doakan supaya Allah panjangkan usia Pope Gomo supaya sempat dia bertaubat.

Tok Guru naik flight dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa jam 4:30 petang… macam mana pulak boleh timbul cerita dekat Masjid di Hulu Selangor..?

Pope Gomo ni pun dah jadi macam Yahudi… Mamak Yahudi… Pope Gomo – Babi – Yahudi – Israel = CyBeruk APCO.

(Sumber)

Isu ketiga: nanti lah..ada banyak pulak ni, tu baru satu sumber…baru tak surf internet 16 jam dah banyak info da…dunia tanpa sempadan nak wat mcm mana…