Naik Moto beb

Posted on April 25, 2010

0


Pernah tak kita tengok pemimpin2 besar Malaysia naik moto? atau pun basikal?kebiasaannya kita lihat mereka menaiki kereta2 besar, seperi Perdana, Mercedez dan banyak lagi yang saya tak arif mengenainya.

Namun, pernah kedengaran satu ketika dahulu, di tahun 2008 kalau saya tidak silap, terdapat beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat berbasikal ke parlimen. Di samping itu, terdapat juga beberapa figur-figur pemimpin Pakatan Rakyat yang terpaksa bermotosikal bagi menghadiri sesi-sesi ceramah. Bahkan, ada di antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang tak kisah untuk makan nasi bungkus bersama orang ramai, tidak memerlukan protokol rasmi walaupun kedudukannya agak tinggi. Kita banyak mendengar kisah-kisah sejarah dan sirah, di mana pemimpin2 terdahulu banyak menunjukkan teladan yang baik, dengan merendahkan diri mereka searas dengan rakyat. Bagaiman Saidina Umar berjalan2 di waktu malam, menyamar sebagai orang biasa bagi memantau rakyatnya, sehinggakan beliau terjumpa seorang gadis yang begitu baik, yang akhirnya menjadi jodoh kepada anaknya, yang melahirkan seorang hamba Allah yang begitu cemerlang, yang di kenali sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz.

Jika di zaman moden ini, mungkin jarang untuk kita berjumpa dengan figur-figur seperti ini, yang sanggup merendahkan ego masing-masing secara ikhlas, sehingga ke aras yang agak terkebawah. Jom kita lihat siri-siri pemimpin Pakatan Rakyat (di harap mereka sebetul2nya ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat)

Poi pokan naik basikal tongah hari tongah paneh

Subhanallah, Ketua Menteri tu...makan kat warung beb...

Nasi bungkus pun sodap, Us Misbah siap makan pakai tangan lagi tuh

Pakai Kain pelikat pun takpe janji tutup aurat

ni memang betul-betul kaw (rumah TG Nik Abdul Aziz)

Yeahh...naik moto tuh....Syabas (Lim Kit Siang)

"berangin betul naik moto ni, patut la orang2 muda suka naik moto", mungkin itu yang DSAI sedang fikirkan

Kepada para pengundi yang berdaftar untuk PRK Hulu Selangor, yang belum menunaikan tanggungjawab, sila lah keluar mengundi, dan undilah sebaik2 nya, kerana undi anda sangat berharga…CEPAT2…Kitorng nak tau result nih…