Isu yang mengkin akan hangat…

Posted on April 26, 2010

0


2 isu yang saya rasa bakal menghangatkan Malaysia khususnya di dunia politik, iaitu isu Beng Hock dan isu GST. Beberapa minggu yang sudah, agak kecoh berkenaan dengan isu Beng Hock ini adalah komentar dan reaksi dari pihak kerajaan Malaysia berhubung dengan pakar forensik Thailand, Dr Pornthip. Saya melihat pandangan yang diberikan oleh beliau seakan berhantu, kerana kerajaan Malaysia seolah-olah sangat takut dengan setiap kenyataan beliau sehinggakan banyak tohmahan di lontarkan kepada Dr Pornthip. Saya tidak berminat mengulas panjang pada masa ini kerana saya mempunyai temujanji bersama kawan saya sebentar lagi. Sebelum itu, mari kita tengok satu lagi perkembangan berkenaan dengan kes Beng Hock. Jika di lihat dari sumber-sumber berita alternatif hari ini, ada komentar berkenaan dengan kematian Beng Hock oleh seorang pakar forensik British iaitu Dr Peter Vanezis. Apa yang beliau komenkan? Anda boleh baca di SINI, dan di pelbagai sumber lagi (boleh tanya encik google).

Isu GST pula. Bagi sesetengah pihak, GST ini adalah satu benda yang membebankan. dan ura-ura mengatakan akan di adakan satu demonstrasi aman akan di adakan tidak lama lagi bagi membantah implementasi GST. Apa itu GST? Kenapa GST ini boleh membebankan rakyat? Perlukah kita tahu pasal GST ini? Tepuk dada tanya diri, jom cari balik apa itu GST dan kesan-kesannya.