Isu yang Bakal Hangat

Posted on April 27, 2010

0


Semalam saya ada post satu entri berkenaan dengan isu yang bakal hangat di dunia politik malaysia, salah satu darinya adalah isu Beng Hock. Antara individu yang mula mendapat perhatian di media tempatan khususnya media alternatif, adalah Dr Peter Veneziz, seorang pakar forensik@patologi British. Semalam, beliau menegaskan (menurut laporan Malaysiakini.com) bahawa Teoh (Beng Hock) sedar sepenuhnya sebelum jatuh.

Beliau juga telah mengemukakan dokumen yang berupa laporan bedah siasat yang bertarikh 16 Disember bagi menyokong kenyataan beliau. Namun, pada hari ini, satu lagi berita yang agak hangat (atau mulai hangat) berkaitan dengan Dr Peter Veneziz, iaitu dakwaan bahawa beliau telah menerima ugutan melalui emel terrhadap dirinya dan keluarganya!!

Sangat pelik, adakah terdapat misteri yang sangat besar disebalik kematian Beng Hock? Kelihatan seolah-olah ada benda yang cuba di sembunyikan? Tidak mengapa, mari kita tunggu dan lihat, pakar-pakar dari seluruh dunia di jemput untuk datang melihat dan menilai kes ini. Kebenaran harus di perjuangkan. Jeng3…

Isu GST pula bagaimana? nantikan..