Hot..yang lebih berkait dengan orang2 minyak

Posted on April 30, 2010

0


“Orang Minyak dah datang”, kata seorang kawan separuh menjerit kepada kami. Maklumlah, kami ini adalah pelajar batch pertama Kejuruteraan Petroleum di UTP. Namun itu hanyalah gurauan bersama dengan rakan-rakan, saya percaya mereka bukanlah bermaksud yang kami ini betul-betul orang minyak seperti yang di gambarkan dalam cerita Sumpah Orang Minyak yang mula ditayangkan pada 20 April 1958. Saya lihat, rakan-rakan seangkatan dengan saya semakin hari semakin sebati dengan industri Minyak dan gas ( oil and gas industry ). Saban hari kami sentiasa membincangkan berkenaan dengan drilling, P.Tech, reservoir studies, oil and gas company, dan lain-lain. Dan kini kami telah berada di tahun akhir, yang mana sebahagian dari kami meneruskan pengajian dalam pengkhususan Drilling and Production Technology dan sebahagian yang lain pula di dalam reservoir studies. Saya berada di dalam pengkhususan reservoir studies.

“Eh, ko explain sikit kat aku pasal recovery mechanism untuk WAG yang ko tau, yang aku tau the weaknesses of Gas covered by Water, bla3…” ujar salah seorang daripada kami ketika berbincang berkenaan dengan salah satu dari subjek kami iaitu Enhanced Oil Recovery. “weh, aku tengok kita ni sekarang da bincang pasal study on the way nak gi kelas, dulu jarang gini, asyik2 gelak2 kutuk orang, hahaha”, balas salah seorang antara kami bagi mengimbau memori yang lalu.

Bila ada berita yang berkait dengan industri ini, ramai di kalangan kami akan ‘besar telinga’, sebagai tanda yang kami ini mempunyai pertalian yang sangat kuat dengan industri minyak dan gas. Berita-berita melalui pembacaan internet, majalah2 atau journal-journal dari SPE (Society of Petroleum Engineers) sering menjadi antara bahan bacaan utama kami masa kini, maklumlah, FYP pun berkisar dengan minyak dan gas. Ini menunjukkan yang kami agak sebati dengan industri ini.

Berkenaan dengan industri minyak dan gas ini, ia tidak boleh tidak, mesti berkait rapat dengan laba, atau keuntungan. Pihak yang bijak akan mendapat untung yang banyak. Lihat sajalah pada kontrak yang di buat di antara tuan rumah (host country) dengan syarikat operator (operating company). Pihak tuan rumah cuba untuk mendapatkan untung yang banyak, melalui royalti dan cukai-cukai yang lain. Manakala pihak syarikat operator pula sering melihat peluang-peluang dari segi peratusan dan banyak lagi. Saya berpengalaman dalam membuat model ekonomi (bukan Model Ekonomi Baru) untuk projek-projek industri minyak dan gas, dan untuk membuat model-model ini, saya di kehendaki untuk meneliti kontrak-kontrak bagi projek yang terlibat.

Bercerita mengenai keuntungan, suka untuk saya kongsikan salah satu entri Tun Dr Mahathir dalam blog beliau (baru-baru ini datang ke UTP bagi menyampaikan syarahan perdana beliau, saya berpeluang untuk bertanya soalan kepada beliau, namun hanya 2 soalan sahaja yang dibenarkan, sedangkan saya mempunyai 5 soalan ketika itu).

7. Now it is made clear that the two blocks are no longer a part of Malaysia.

8. Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia’s oil in this agreement.

Malaysia telah menyerahkan blok L dan M kepada brunei? Oh ya, saya yakin kosa kata block, oil fields etc tidak asing bagi kami, ‘orang-orang minyak’. Berbalik kepada entri beliau tadi, adakah ini sesuatu yang benar? Jika benar, kenapakah tindakan tersebut di ambil di era pemerintahan Pak Lah.

Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia’s oil in this agreement.

RM320 Billion bukanlah angka yang sikit. Dengan duit sebanyak ini, banyak kes-kes keciciran serta kebajikan penduduk di Sarawak boleh diselesaikan. Kenapa perkara ini seolah-oleh di sembunyikan? Adakah ini berkait rapat dengan Kes Brunei yang mahukan Limbang supaya menjadi sebahagian daripada tanah Brunei. (Limbang merupakan salah satu kawasan di Sarawak, yang terletak di antara bahagian Bandar Seri Begawan dan Temburong, saya pula berasal dari Lawas, terletak di antara Temburong dan Sipitang, Sabah). Namun perkara ini di nafikan oleh pihak kerajaan Brunei.

6. Brunei disclaimed (here) that they had agreed to give up Limbang. The foreign office and Abdullah did not rebut Brunei’s statement.

THE Second Minister of Foreign Affairs and Trade Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng yesterday clarified that the issue of territorial claims over Limbang was never discussed in the agreements signed on Monday, which resolved the “outstanding bilateral issues” between Brunei Darussalam and Malaysia.

“From a press report, (it was stated that) Brunei has accepted Malaysia’s reported claim on Limbang or that it (Brunei) has dropped its claim (on Limbang). In actual fact, the issue of claims over Limbang was never discussed,” Pehin Dato Lim said. “What was discussed is regarding the demarcation of land boundaries.”

Apakah yang terjadi sebenarnya? Adakah pengurusan negara kita betul-betul pincang di bawah era kepimpinan Pak Lah?

Sumber

bersambung di siri yang ke-2