Ancaman bunuh terhadap TGNA: Laporan dan adat perjuangan Islam

Posted on May 2, 2010

0


Beberapa laporan polis telah di buat atas kes ugutan bunuh terhadap TG Nik Abdul Aziz semalam. Antaranya oleh Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri, yang di ketuai oleh Us Nasarudin Hassan. Mari kita mengimbau kembali sejarah yang saya kira agak hitam yang melibatkan jenayah terhadap pimpinan mahupun ahli PAS sendiri.

dalam lipatan sejarah:

Julai 1967, Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas Hulu, YB Abdul Samad Gul Ahmad Mianji mati ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau yang ketika itu Ketua Pemuda PAS diserang ketika sedang membuka pintu keretanya.

8 Mac 1970, YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis.

18 Januari 1985, tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, saudara Osman Talib syahid.

Serangan berulang beberapa kali lagi semasa Pilihanraya kecil Ijok dan Bagan Pinang tahun lepas hingga menyebabkan petugas PAS tercedera.

Jenayah yang dilakukan ini bukan hanya melibatkan mangsa dari kalangan pemimpin dan ahli PAS sahaja. Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 14 April 1982 ekoran pertelagahan mereka dalam merebut jawatan dalam mesyuarat Agung Bahagian Umno Tampin. (sumber)

Saya berharap agar ahli-ahli PAS terus menerus untuk mempamerkan sikap yang telah di ajarkan oleh agama Islam kerana PAS adalah sebuah parti yang mendokong agama Islam secara total. Insya Allah, kalau kita membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong serta mengukuhkan kita.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.