Media Malaysia masih tidak bebas?

Posted on May 3, 2010

0


Gambar di atas adalah Laporan Rumah Bebas 2010 (Freedom House 2010 Reporti) berkenaan dengan index kebebasan media di negara2 di seluruh dunia (yang terlibat dalam bancian ini). Freedom House merupakan kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei.dari senarai kedudukan tersebut, Malaysia berada di tangga yang ke 142, agak corot, yang mana telah di masukkan dalam kategori “Tidak Bebas”.

Bagi pendapat saya, ya, mungkin Malaysia masih ‘kurang bebas’ dalam melaporkan sesuatu berita, khususnya melalui siaran media perdana seperti TV1, 2, 3 dan surat khabar2 perdana seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia. Media2 ini jika dilihat agak bias kepada pihak kerajaan Malaysia, yang di barisi oleh Barisan Nasional. Jika dilihat beberapa tahun yang sudah, antara tuntutan pihak BERSIH sehingga membawa kepada demonstrasi aman yang di cemari dengan perilaku nakal pihak FRU dan Polis pada ketika itu adalah akses yang bebas oleh mana2 parti politik dalam media TV dan Radio secara adil.

Sepanjang pemerhatian saya, kelihatan seolah-olah media perdana ini seolah2 di monopoli oleh Barisan Nasional. Segala tohmahan dan tuduhan kepada pihak pembangkang khususnya di siarkan di media-media perdana, tanpa memberikan peluang yang telus secara menyeluruh kepada pihak pembangkang untuk memberikan respon balas terhadap tuduhan2 itu menerusi akses bebas terhadap media2 perdana, seperti mana yang di nikmati oleh Barisan Nasional. Bagi saya, ini mungkin adalah salah satu faktor yang menyebabkan Malaysia berada di tangga yang agak rendah dalam senarai kebebasan media yang di keluarkan oleh Freedom House. Justeru, tidak hairan jika di kampung-kampung atau di kawasan-kawasan pedalaman, masih ada pengundi yang merasakan PAS adalah sebuah parti ekstremis, DAP adalah parti komunis, malahan mungkin ada yang masih tidak mengetahui yang Khalid Ibrahim dan Us Azizan adalah MB bagi Selangor dan Kedah!

Ini adalah satu ‘pertandingan’ yang bukan berada di padang yang sama rata. Bagi membuktikan yang Barisan Nasional betul-betul masih di sayangi oleh rakyat, bukalah akses media perdana kepada pihak-pihak pembangkang, sama seperti yang dinikmati oleh Barisan Nasional selama ini. Usah takut kiranya anda mempunyai fakta-fakta yang kukuh. Biar rakyat menilai yang mana intan yang mana kaca. Ada beran…


bersambung lagi…

Posted in: Social, Welfare