Pengugut TG Nik Aziz telah Di Tahan?

Posted on May 3, 2010

0


Seperti yang di laporkan oleh Bernama

Lelaki Ditahan Kerana Disyaki Terlibat Kes Ugutan Bunuh Nik Aziz

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

“Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Beliau berkata bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.

Sabtu lepas Dewan Pemuda PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.

Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh ‘Nik Aziz’.

Zulkarnain berkata bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.

“Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

BERNAMA

Baguslah, lepas ni di harap boleh bagi kerjasama, lagi elok kalau boleh explain apa tujuan anda mengugut TG Nik Abdul Aziz, mungkin kurang ilmu ke, atau saja2 ke, Jangan risau, saya yakin TG Nik Abdul Aziz boleh explain segala2 nya berkenaan dengan PAS, kenapa perlu sokong PAS, dan sebagainya, dan explanation seperti ini juga pada saya patut di berikan kepada semua rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO BN, kalau boleh biar TV media perdana bagi chance kat TG Nik Abdul Aziz, atau Presiden PAS untuk explain apa tujuan PAS di tubuhkan dsb, biar clear semua orang, baru boleh up sikit status Malaysia dalam senarai kebebasan media. Ada bran…

Posted in: Uncategorized