Polis semakin biadap?

Posted on May 3, 2010

0


Polis semakin biadap-Itulah ayat yang telah digambarkan terhadap institusi polis di media alternatif semenjak dua menjak ini, di sebabkan oleh beberapa insiden yang menyayat hati, pertama kematian adik AminulRasyid yang ditembak oleh polis di bahagian kepala, manakala yang kedua adalah berkenaan dengan insiden polis yang bertindak ganas pada satu program belia di Selangor. Pelbagai laporan dan dakwaan dari pelbagai pihak, sama ada pihak mngsa, pihak wakil rakyat, pihak kerajaan dan pihak polis sendiri telah dibuat. Tidak mengapa kerana yang benar pasti akan terserlah kebenarannya, cuma biarlah pihak polis berlaku lebih profesional, kerana polis adalah institusi yang di segani di seluruh dunia, namun jika berlakunya insiden2 seperti ini, mungkin pihak polis akan semakin di cela dari masa ke masa.

Di sini saya sertakan satu laporan dari Angkatan Muda KeADILan Shah Alam (AMK Shah Alam) berkenaan dengan insiden yang saya kira melibatkan ke-tidak-profesional-an pihak polis.

Keadaan Menjadi lebih kecoh apabila Inspektor Safuan mengajak Pemuda PAS yang cuba membantu Remaja terbabit untuk bergaduh dan ini telah membuat kan pemuda termasuk orang ramai bertambah berang.

May 3, 2010, Seorang pelajar kolej (gambar) cedera ketika polis menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam tadi.

Serangan pihak polis benar-benar mengejutkan semua hadirin pengunjung dataran pada malam tersebut. Polis memasang perangkap untuk memerangkap para hadirin dengan mengadakan sekatan di semua jalan keluar dataran dan menyerang dari jalan masuk.

Saksi awal, En Adha (urusetia program) menyatakan, polis datang dan terus menendang-nendang hadirin yang ada di dataran Shah alam tanpa sebarang amaran awal sehingga mencetuskan keadaan panik. Ramai remaja yang baru selesai menonton program sedang berada di astaka Dataran dengan motosikal di letakkan dihadapan astaka.

Namun disebabkan cara serangan polis yang menyerang seolah-olah mahu menangkap mereka menyebabkan suasana menjadi panik dan mereka terus menghidupkan motosikal dan bergegas beredar dari tempat kejadian. Ada beberapa motosikal yan baru memasuki dataran nyaris ditendang oleh pihak Polis.

Insiden berterusan sehingga menyebabkan seorang remaja yang cuba bergerak dengan motosikalnya ke arah Quality Inn berlanggar secara sisi dengan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut.

Pada waktu kejadian urusetia program dan beberapa ahli Dewan Pemuda PAS Shah Alam yang bersama-sama dalam program masih berlegar-legar ditempat program untuk berkemas-kemas pulang.

Motosikal yang terjatuh ini berjaya bangun kembali dan bergerak masuk ke arah Quality Inn, malangnya baru beberapa meter bergerak motornya ditendang oleh polis sehingga berlanggar dengan sebuah van yang sedang parking di situ.

Lebih malang lagi seorang anggota polis yang dikenali sebagai Izwan datang dan terus menendang penunggang motosikal yang telah sedia cedera akibat terkena cermin van tersebut.

Penunggang yang dikenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, merupakan seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.

Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.


Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.

Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.

Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.

Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.

Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.

Azli berkata beliau sempat mengambil nama anggota tersebut – seorang konstabel – dan nombor perkhidmatannya.

Antara Konstabel – konstabel itu ialah Konstabel Sayuti yang telah yang telah menendang motorsikal remaja terbabit sehingga jatuh dan merempuh sebuah Van yang di letak kan di tepi sebuah kafe di dataran Shah Alam tersebut manakala Konstabel Izwan pula meluru kearah Remaja terbabit untuk memijaknya tetapi di halang oleh beberapa Pemuda PAS yang ada di situ.

Tragedi biadap itu menyebabkan para hadirin mula naik angin dengan sikap biadap polis dan mula menyerbu pihak polis. Apabila diaju dengan pelbagai persoalan demi persoalan oleh hadirin pihak Polis ternyata gagal memberikan alasan bagi tindakan biadap mereka itu. Saudara Nazmi telah pun jatuh dan tercedera mengapa perlu dipijak lagi???

Keadaan Menjadi lebih kecoh apabila Inspektor Safuan mengajak Pemuda PAS yang cuba membantu Remaja terbabit untuk bergaduh dan ini telah membuat kan pemuda termasuk orang ramai bertambah berang.

Beberapa pemuda PAS Shah Alam yang menyedari peristiwa tersebut bertindak mengawal pengunjung, kerana rata-rata pengunjung sudah hilang sabar dengan sikap biadap polis tersebut. Kesemua pengunjung yang hadir menyalahkan sikap biadap polis tersebut.

Setelah pengunjung mengasak dengan beberapa persoalan yang tidak terjawab oleh pihak polis, akhirnya pihak polis membatalkan “Operasi Gila” tersebut dan menyatakan agar melupakan saja peristiwa malang pada malam tersebut. Ternyata orang ramai cukup kecewa dengan kebiadapan polis.

Ada hadirin yang menyatakan, sebelum ini mereka mempercayai apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Polis, namun selepas kes ini berlaku didepan mata mereka mula sangsi tentang cara Polis bertindak dalam menangani masalah sosial.

dilaporkan oleh : AMK Shah Alam (sumber)