“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya” Al Baqarah: ayat 219
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?” Al Maidah: ayat 90-91
“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala” Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah.
Agak kecoh di media2 alternatif kebelakangan ini dengan lambakan isu-isu yang ‘segar dari ladang’, antaranya kes adik aminulrasyid, kes sultan kelantan, kes kenyataan ketua pembangan di kerajaan negeri pulau pinang, dan banyak lagi. Namun apa yang menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan isu Judi, yang di ura2kan hendak di pertimbangkan supaya di ‘halal’ kan menerusi pemberian lesen.
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. (sumber)
Apa beza pertaruhan dengan ayat mengundi nasib dengan batang-batang anak panah di dalam ayat 90-91 surah al maidah? bukankah itu juga sejenis pertaruhan? Oh, mungkin kerajaan cuba nak bermain kata-kata dengan ayat Allah untuk membenarkan perbuatan mereka. Saya tidak berani, saya tidak boleh, tapi Malaysia Boleh!!
Malaysia Boleh buang anak
Malaysia Boleh gejala bebas
Malaysia Boleh melakukan jenayah
Malaysia Boleh merempit
Malaysia Boleh membohsia
dan banyak lagi…
dan semua itu…di juarai oleh orang Islam umat Melayu kita…
berbalik kepada isu pertaruhan piala dunia tadi, saya kira, kerajaan perlu untuk memanfaatkan sepenuhnya khidmat Mufti dan pihak2 jabatan agama untuk menjadi penasihat dalam segala tindak tanduk mereka, bagi mengelakkan ter ambil tindakan yang bertentangan dengan Islam. Namun, jika sudah sampai ke tahap ini, apa yang saya dapat simpulkan adalah;
1. Mufti dan institusi2 atau jabatan2 agama tidak memberikan nasihat, maksudnya tidak buat kerja
2. Kerajaan memang tidak mahu untuk mendapatkan nasihat dari orang2 agama, maksudnya, kerajaan tidak merasakan yang tindak tanduk ini akan di kira semasa penghisaban amalan nanti
Bukankah setiap tindakan kita akan di hitung walau sebesar zarah?
7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
surah al zalzalah ayat 7-8
Kita semua mempunyai saham sekiranya perkara ini betul2 di luluskan. Macam mana kita boleh mendapat saham?
(sekadar pandangan saya sahaja berdasarkan pembacaan, penghadiran sesi2 kuliah, penerangan ustaz2 dsb)
1. Kerajaan, menteri2, dsb
anda mempunyai kuasa, sepatutnya boleh cegah benda ini
2. Pihak2 agama
anda kena menasihatkan sebaiknya kepada pak2 menteri ini
3. Orang ramai
dah tau orang ini tak berapa nak bawa Islam, kenapa tak undi orang2 yang jelas ingin membawa Islam, ingin menegakkan Islam
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Dapat mengawal aktiviti perjudian menerusi pemberian lesen? Saya kira ini sesuatu yang sangat tidak sihat, ya dari segi undang2 manusia nya, judi yang tanpa lesen (‘haram’) mungkin boleh di cegah, dengan memperkenalkan peng’halal’an judi menerusi lesen. Namun, adakah judi tersebut telah halal dari segi hukum Islam? Adakah lesen tadi boleh di tunjukkan kepada Allah SWT nanti.
“Ya Allah, aku tidak boleh di hukum sebab judi, sebab aku dah dapat lesen dah” agak2 nya inilah ayat yang mungkin akan di ajukan sewaktu hari timbangan amal nanti.
Adakah demi untuk membangunkan bidang sukan, atau apa2 bidang sekali pun, sanggup menggunakan duit haram (duit judi). Bagaimana kalau duit tu di gunakan untuk membiayai supplement atlet, atau minuman isotonik, dan di minum oleh para atlet, dan membentuk otot2 yang sihat2 dan kental serta pejal.
“Tidak akan memasuki Syurga, daging yang tumbuh daripada yang haram, api Neraka lebih utama baginya.” (Riwayat Al-Imam Ahmad).
Jadi, bagaimana?
Adakah sudah tiada sumber duit sehingga memaksa kita untuk menggunakan duit judi?
Fikir-fikirkan…..
pikrpakaiakal
May 10, 2010
3. Orang ramai
dah tau orang ini tak berapa nak bawa Islam, kenapa tak undi orang2 yang jelas ingin membawa Islam, ingin menegakkan Islam
NAK UNDI ORG YG NAK BAWA ISLAM CMNE WEH DAH PAS G JOIN PR YG DIKEPALAI PEROSAK RAKYAT… NAK BETUL2 BAWA ISLAM PERJUANGKAN LA BETUL2 TANPA JOIN PR… NAK AMBIK ALIH PEMERINTAHAN CMNE WEH KALU PILIHAN RAYA PUN BETANDING BRPA KERUSI JE BTUL2 PAS… HANG SEMUA BLAJAQ TGGI2, NAMA MAHASISWA, AKAI DOK PIKIAQ NAK TENTANG NAK KOMPLEN JE TAU… DAH RASA HEBAT SANGAT BOLEY JADIK PEMIMPIN NAK PERJUANGKAN ITU INI LA KONONNYA, DO SOMETHING!!! NOT ONLY COMPLAINING… SEMBANG LEBAT, JADIK MPP PUN NTAH APA2… POLIS PUN HANG TAU NAK SALAHKAN JE, HANG X PIKIAQ KHIDMAT BAKTI BUDI DAN JASA DIORANG… KALU ADIK BERADIK KORANG ADE KEJE POLIS TIME RAYA XDPT BALIK BESAMA, BERTAUN2 XDPT BLIK, DOK SENTRI KAT DLM HUTAN KAT TEPI PANTAI KAT SEMPADAN HANG TAU LA CMNE RASA…
PK PSL ORG LAIN JGK WEH, ORG LAIN PUN MANUSIA.. POLIS PN MANUSIA…
kes adik aminulrasyid
KES NI PUN NK BUAT ISSUE?
ALAHAI NAK KATA APA PUN XTAU LA, JELAS2 DAH BUAT SALAH, NAK BELA JGK… TNJUK GMBR UMUR BRPA ENTAH, HAMPEH TOL LA KORANG, AGAK2 AR NAK PROVOKE ISSUE PUN, BIAR LA PROFESSIONAL N MATANG WEH,….
XDELA ISSUE LAIN KE NAK TNJUK KORANG PEMIMPIN SEJATI N BERKALIBER?
WHAT THE HUMAN BEING LA PR PEOPLE NIH, AISEH MAN….
PS~~~ i am kelantanese i am with NAANM… nak bwak perubahan, bwak islam dlm pemerintahan, berjuang lah betul2, bukan dgn join perosak rakyat, sah2 leader pun p****** b****** rakyat…
A.Alizul
May 12, 2010
to pikrpakaiakal,
kalau mcm tu sila undi PAS pada PRU yang akan datang, dan sila ajak kawan2 anda undi PAS…bagi semua kawasan yg PAS bertanding menang..bila dah semua menang, mesti post morterm utk PRU tersebut akan memberi keputusan bahawa PAS patut di berikan kerusi lebih, lepas tu anda undi PAS lg utk PRU yg seterusnya, dan ajak lagi kawan2 anda undi PAS lg, biar sampai satu Msia ini di kuasai oleh PAS..mcm mana? boleh tak?
Nak tegakkan Islam susah beb, lagi2 bila musuh2 Islam ada di merata2 tempat, kita bukan nak mengharapkan hasil, tp usaha. rujuk balik kisah burung kecil yang cuba memadamkan api bila nabi Ibrahim di bakar hidup2..
Banyak di ceritakan dalam Al Quran berkenaan dgn perjuangan Islam, ada di antara nya mengatakan bagaimana kamu boleh di katakan kamu beriman sedang kamu belum di uji?
kemudian, berkenaan dengan PAS sokong DAP yng anda kata perosak rakyat, UMNO/BN tak merosakkan rakyat ke?
ke mana mereka letakkan Islam? Sekadar amalan2 ritual semata2? Sekadar Bank Islam, institusi Islam dsb? Ke mana pergi pemerintahan secara Islam? Undang2 Islam etc, dalam al Quran ada mengatakan masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, bukan masuk secara sikit2…
berkenaan dengan isu polis, adakah saya telah menyalahkan semua polis di seluruh Malaysia ini? Saya hanya mempertikaikan tindakan sebahagian dari mereka, cuba yang di tembak tu adalah adik anda, apa perasaan anda. Lagi satu, sekiranya anda adalah polis, adakah anda akan terus menembak seseorang yang hanya di syaki?
Selepas kes Adik Aminulrasyid, ada lagi kes tembak. Apa pula komen saudara?
Saya nak tanya saudara, yang konon2 nya tidak mahu mengundi PAS, “NAK UNDI ORG YG NAK BAWA ISLAM CMNE WEH DAH PAS G JOIN PR YG DIKEPALAI PEROSAK RAKYAT”,
habis tu saudara nak undi apa? UMNO/BN? Tadi Judi ‘halal’ baru di luluskan, apa pendapat saudara? ya betul, org Islam tidak di benarkan menyertai judi tersebut, tu antara syarat2 nya, tapi bagaimana pula dgn keuntungan judi tersebut, lalu di bayar cukai dari judi tersebut kepada kerajaan, untuk pembiayaan pelbagai projek2 kerajaan, kalau di belikan makanan, lalu di makan oleh kita, apa akan jadi? Islam dah bgtau apa yang akan terjadi kepada daging2 yang terhasil dari sumber yang haram, jadi bagaimana? Anda rela ke?
saya tak rela…Saya sarankan agar anda mengkaji akan tindakan tahalluf siyasi yang di buat oleh PAS bersama2 dengan PKR dan DAP, kalau rajin, dapatkan penjelasan dari ulama2 PAS, ahli2 dewan ulama kalau boleh. dan sila rujuk kisah hijrah Nabi Muhammad ke Madinah bersama2 dengan Saidina Abu Bakar..
“tidak akan menipu seseorang ulama kalau berkumpulnya para ulama”…sebab itu di wujudkan majlis syura, bagi membimbing satu2 tindakan yang di ambil, dan sebab itu dalam hirearki PAS sendiri, majlis syura lebih tinggi dari Presiden, dari dewan harian..
sekian sahaja dari saya…
(Betulkan kalau tersilap terutama bahagian fakta2, dan dalam organisasi PAS khususnya)
budak mentah
July 27, 2010
kita kena sedar asal usul…malaysia merdeka dgn syarat demokrasi berperlembagaan parlimen…british mengenakan syrat ini supaya suatu hari nanti kita bertelagah seperti hari ini..mengapa kita tidak mengikut brunei?arab saudi?kita juga mempunyai raja dan sultan.mengapa kita perlu ikut british dan USA yg mengamalkan sistem residen?kata org islam yg berlandaskan Al-Quran dan Hadis…tp hidung kena tarik dgn tali kepada perlembagaan?sebab tu hukuman ada 10kg dadah lagi berat dari hukuman judi dan zina…mengucap panjang saya dlm hati dgn undang2 Malaysia..
klau bercerita mengenai isu diatas…panjang lebar klau saya nak taip…walaupun saya masih mentah…tp saya tak bodoh…saya ada akal…saya boleh fikir mana baik mane buruk…
yg penting kita kena sedar asal usul…jadikan Al-Quran dan
hadis sebagai panduan….
p/s:jgn kata saya pandai nak komplen jer…saya hanya bersuara sedikit disini…kerana jika saya bersuara..nescaya pemimpin agung kalian bukan sekadar tidak mendengar..tetapi tidak memandang pun walau sebelah mata..yelah..siapalah saya…seorang budak mentah….