Judi Sudah Halal

Posted on May 12, 2010

0


Huh, agak penat hari ini setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja yang bertimbun-timbun, dengan projek2 serta last assignment, test2 dsb. Kebelakangan ini saya kurang meluangkan masa utk mengetahui isu-isu semasa di Malaysia, hanya melihat dan membaca seimbas lalu, banyak perkara2 menarik yang perlu di beri perhatian, namun saya biarkan dahulu. Tetapi ada satu perkara yang sangat penting, yang saya nak kongsi bersama anda. Petikan dari satu media alternatif…

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Tahniah!! Akhirnya, berjaya juga di ‘halal’ kan judi ini? Mungkin kuasa kerajaan di Malaysia agak besar jika di bandingkan dengan kuasa kerajaan Allah SWT, yang menerusi kitab agung Al Quran, telah memberitahu secara jelas, judi itu HARAM!!

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

Oh, baguslah kalau orang Islam di larang utk terlibat dalam pertaruhan ini. Opss, tapi bagaimana pula dengan cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan kepada syarikat BERJAYA? bukankah ada sebahagian dari duit BERJAYA sudah di cemari dengan hasil2 judi yang haram? Jadi kalau ikut sifirnya, kerajaan juga akan turut sama menerima duit yang haram, dan dengan duit yang bercampur aduk itu, sudah pasti akan ada sebahagian yang akan bercampur dalam urusan pembiayaan projek2 kerajaan, yang akan di nikmati oleh rakyatnya.

Nah, di situ kita sebagai rakyat akan dapat sama merasai duit ‘halal’ tersebut. Macam mana? sanggup kah?

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Eh, sudah kehabisan cara untuk membanteras judi ke? Kenapa sampai perlu tunduk kepada judi, dengan meng ‘halal’ kan apa yang telah di haramkan secara jelas di dalam AlQuran?

Dalam isu ini, saya seringkali terfikir, ke mana pergi para mufti2 dan orang2 yang mahir dalam agama dalam jabatan2 kerajaan? Saya pasti mereka sangat arif dalam hal ini berbanding dengan diri saya yang hanya mengikuti kelas2 biasa, kuliah2 dsb, saya bukannya berkelulusan agama. Dalam hal demonstrasi APCO di Masjid negeri Perak, Ipoh yang lalu, respon yang boleh saya katakan begitu cepat berkenaan dengan tindakan pemuda PAS Perak yang konon2nya membaling telur dan perbuatan sebegini boleh mencemarkan masjid.

Saya puji respon dari pihak mufti yang menunjukkan ketegasan dalam hal2 berkaitan dengan agama Islam. Namun dalam hal yang saya kira lebih besar ini bagaimana pula? Fikir2kan…

sumber

-TV3 betul2 berat sebelah? Nantikan ulasannya..