Judi-kenapa nak mempertahankannya?

Posted on May 15, 2010

0


Sedang saya menulis entri Hari Guru sebentar tadi, kawan saya ada menghantar satu klip video semasa himpunan aman bantahan judi di masjid kpg baru semalam (masjid ini adalah tempat saya bersembahnya maghrib sewaktu menjalankan sesi praktikal di KLCC, sementara menunggu kawan saya yang berpraktikal di JPZ, Kpg Baru untuk makan malam bersama2)

Apa yang saya agak kesal adalah berkenaan dengan sikap polis yang berada di tempat kejadian, yang menghalang satu sesi bantahan yang menunjukkan bahawa tindakan kerajaan yang meluluskan lesen judi bola tidak di persetujui oleh banyak pihak. Mungkin ada orang-orang yang pro-UMNO/BN akan mengatakan, ini adalah demo, ini memang tidak berakhlak, buang masa dan sebagainya, tapi dari pandangan saya, itu lah antara cara yang efektif, bagi menunjukkan perasaan kita yang membenci judi, yang mana telah di haramkan di dalam alQuran, yang terbukti memberikan kesan yang buruk lebih dari kesan baik kepada masyarakat. Sebelum ini, bantahan demi bantahan melalui media2 alternatif telah di keluarkan, tapi kenapa pihak kerajaan masih melebihkan priority terhadap kebendaan, lebih dari kehendak agama Islam itu sendiri? Ke mana prinsip UMNO yang ingin menegakkan Islam yang konon2nya mengaku sebagai parti Islam? Kenapa Menteri kewangan tidak mengumukan lesen ini? kenapa hanya Timbalan beliau sahaja yang mengumumkan?

Saya memuji tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat yang mengadakan himpunan aman membantah judi ini, bersama dengan beberapa pihak yang lain, kerana dengan cara ini, mereka boleh menarik perhatian orang ramai, dan orang ramai boleh mengetahui perkembangan isu semasa, dan kenapa tindakan ini di bantah sekeras2nya, namun saya sedikit kesal, dengan tindakan pihak polis yang cuba meleraikan secara kasar (rujuk vdeo). Mungkin inilah petanda bahawa hari kiamat semakin hampir dan juga petanda masyarakat sudah tidak takut untuk melanggar perintah Allah.