Kucing yang Mati

Posted on May 18, 2010

5


EIS dan pintu automatik

Hari ini merupakan paper yang pertama bagi saya dan rakan2 yang lain, iaitu subjek Engineers in Society (EIS). EIS adalah subjek yang berkisar mengenai tanggungjawab jurutera dalam masyarakat, undang2 dan akta2 yang membabitkan jurutera, jurutera professional, pengurusan projek dan sebagainya. Tetapi saya tidak berhajat untuk bercerita lebih lanjut berkenaan dengan EIS pada entri kali ini, kalau tengok pada tajuk pun sudah nampak yang EIS seperti tidak berkait dengan tajuk entri iaitu Kucing yang Mati.

Di pendekkan cerita, lebih kurang pukul 8.30 pagi tadi, kami satu rumah sedang bersiap-siap untuk pergi ke dewan peperiksaan. Semua bergegas-gegas, maklumlah, bagi kami (majoriti), ini adalah paper yang pertama. Terasa agak sedikit janggal, maklumlah semester lepas kami tidak mempunyai sebarang exam. Saya mendahului rakan2 yang lain untuk turun ke bawah. Di pertengahan jalan, saya teringat yang saya tertinggal sesuatu, lalu berpatah balik ke bilik. Namun sesuatu yang agak mengejutkan telah berlaku, salah seekor dari anak kucing peliharaan kami telah nazak akibat tersepit di celah pintu. Anak kucing yang masih lagi kecil, yang berumur lebih kurang sebulan lebih itu telah meronta2 kesakitan, menunggu saat kematian. Kami yang ada di sekitar depan pintu tersebut agak terkesima, serta tergamam dengan kejadian yang begitu pantas, yang akhirnya meragut nyawa anak kucing kesayangan kami.

Kasih Ibu kucing kepada anaknya

Apa yang menyentuh hati saya adalah bagaimana kasih sayang si ibu kucing tersebut kepada anaknya. Pada saat kematiannya, seolah2 si ibu kucing ini sedang mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan anaknya. Ibu kucing menjilat2 anaknya, seolah2 cuba utk menenangkan anak nya yang sedang meronta2 kesakitan. Setelah saya kembali ke rumah selepas paper EIS, saya melihat kucing tersebut sudah di alihkan ke tepi, dengan agak kemas. Saya yakin yang mengalihkan anak kucing tersebut adalah ibunya, kerana sebelum itu, saya melihat ibunya seolah2 menarik anaknya ke suatu tempat. Saya dapat merasakan yang ibu kucing tersebut dan anak2nya yang lain meratapi kematian anak kucing itu.

Perisitiwa tersebut telah memberikan impak kepada saya dari beberapa segi.

Pertama; dari segi relevansi pintu yang boleh tertutup secara automatik,

Kedua; dari segi sifat keibuan yang di tunjukkan oleh kucing tersebut, yang mungkin berkait dengan manusia.

Kasih manusia kepada anaknya

Sebelum bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan, saya mendapat panggilan telefon dari seorang yang saya sangat sayangi, iaitu ibu saya. Beliau bertanyakan, bagaimana persiapan saya untuk exam kali ini.

Ibu: Bagaimana dengan semua peralatan, semua dah sedia ke?

Saya: sudah, hehehe

Ibu: Persiapan otak?

Saya: hahahaha (speechless dan tergelak separa besar), ok kot…

Ibu: Buat yang terbaik ye, baca doa, buat betul2 (dan banyak lagi nasihat2)…

Saya agak terharu, mungkin di sebabkan oleh sentuhan keibuan yang di tunjukkan oleh ibu saya melalui panggilan telefon. Saya yakin, ibu anda juga seorang yang sangat menyayangi anda.Maka, hargailah ibu anda, dan hubungilah mereka jika anda belum berbuat demikian (Kempen sayangi ibu anda).

Namun, jika di lihat pada masa sekarang, seolah2 sudah menjadi ‘trend’ muda mudi untuk membuat eksperimen biologi Tingkatan 3, iaitu proses pembiakan, lalu meneruskan lagi dengan penyerahan hasil eksperimen yang berjaya atau separa berjaya ke longkang2, sampah2, surau2 dan banyak lagi!! Adakah manusia sudah menjadi lebih hina dari binatang?

Manusia I vs Manusia II vs Binatang

Selepas selesai ‘menyelesaikan’ EIS, saya terfikir, kenapa kadang2 manusia ini rela untuk merendahkan martabat mereka, lebih teruk dari binatang. ALLAH mengurniakan akal fikiran kepada manusia sebagai satu garis pemisahan yang membezakan manusia dengan binatang. Namun, jika akal tersebut di gunakan dengan berpandukan nafsu semata-mata, maka jatuhlah martabat manusia tersebut, menjadi lebih hina dari binatang. Sebab itu lah Nabi Muhammad SAW pernah mengatakan, berpeganglah kamu kepada 2 benda ini, kamu tidak akan sesat selama2nya, iaitu alQuran dan Sunnah. Namun hari ini, kita dapat melihat kesan dari kurangnya penekanan terhadap alQuran dan asSunnah. Lihat sahaja lambakan rancangan2 yang boleh ‘merosakkan’ otak, aurat yang terdedah di sana sini yang sudah menjadi budaya, sikap2 kita yang menghala ke arah sikap yang kurang bertamadun, pengambilan Islam secara suku2 dan banyak lagi.

Kesan2nya? Lihat sajalah di sekitar bandar, malah mungkin sudah merebak di kampung2, lihat pada muda mudinya, lihat pada TV, pada akhbar2 dan majalah2. Kenapa lebihkan rancangan2 hiburan yang kurang bermanfaat? Oh…mungkin manusia sudah lupa yang hidupnya ini akan bermula selepas mati…ambillah iktibar dari kisah kucing yang mati…

p/s: Kami merindui kenakalan mu bermain dan menggigit selipar wahai anak kucing yang comel….