Sedikit mengenai hudud

Posted on May 22, 2010

0


Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini, maklumlah sekarang ini adalah musim peperiksaan akhir. Insya Allah subjek seterusnya adalah Pemulihan Minyak Tertingkat (Enhanced Oil Recovery) pada 24 Mei 2010 dan Ekonomi Petroleum (Petroleum Economics) pada 27 Mei 2010.

Sebentar tadi saya ada membalas satu komen dari pada seseorang berkenaan dengan salah satu dari entri di dalam blog ini iaitu Kes Judi Malaysia dan kaitannya dengan kisah semut , berkenaan dengan kepentingan UNDI dalam mengajak manusia kepada Allah SWT, mengikut kondisi di Malaysia. Selepas itu, saya terjumpa pula satu artikel yang saya kira agak menarik untuk saya kongsikan, yang mungkin boleh membuka ruang dan peluang untuk kalian lebih memahami wadah perjuangan PAS sendiri. Selamat Membaca…


UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT HUDUD 4 – MENCURI POTONG TANGAN

Posted by RAKYAT MARHAEN

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AL-MAIDAH AYAT 38

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Chinese

偷盜的男 女,你們當割去他們倆的手,以報他們倆的罪行,以示真主的懲戒。真主 是萬能的,是至睿的。

Tamil

திருடனோ திருடியோ அவர்கள் சம்பாதித்த பாவத்திற்கு, அல்லாஹ்விடமிருந்துள்ள தண்டணையாக அவர்களின் கரங்களைத் தரித்து விடுங்கள். அல்லாஹ் மிகைத்தவனும், ஞானம் மிக்கோனுமாக இருக்கின்றான்.

(5:38)


Dalam ayat Allah Taala memerintahkan bahawa pencuri yang telah memenuhi kadar mencurinya melebihi yang ditetapkan hendaklah dipotong tangannya.  Sekali lagi ayat ini tidak memerlukan tafsiran.  Apakah kadar yang dikatakan melebihi had itu.  Perkara ini sudah pasti hendaklah dirujuk kepada hadis-hadis Nabi Muhammad saw.

Yang penting ditanya kenapa hukum ini dikenakan oleh Allah?
1.     Ini adalah kerana Islam membenarkan pemilikan harta oleh peribadi tanpa had.  Namun Islam menetapkan kepada sikaya hendaklah membayar zakat.  Apabila sikaya membayar zakat maka Islam melindungi hartanya dengan hukuman kepada sipencuri ialah potong tangan.
2.    Islam membina ketenteraman kehidupan masyarakat.   Sikaya tidak perlu risau kerana hukum Islam sudah cukup untuk menjaga harta sikaya.  Simiskin juga tidak perlu bertukar watak menjadi pencuri kerana tanggungjawab sikaya ialah membayar zakat bagi membantu simiskin.

3. Dalam Islam tidak dibenarkan konsep ‘Robin Hood’. Robin Hood adalah gambaran kecelaruan hukuman manusia.  Ada pula hero dalam masyarakat yang mencuri harta sikaya untuk diberikan kepada simiskin.  Ini tidak dibenarkan oleh Islam.

UMNO tidak beriman dengan hukum Allah ini.  Antara hujah pemimpin UMNO dan ahli UMNO
1.     Bahawa kalau hukuman ini dilaksanakan maka setiap hari di Malaysia akan makan sup tangan.
2.     Bahawa kalau buat hukum ini maka tidak ada pelabur luar negeri akan membina kilang di Malaysia kerana orang Malaysia semuanya kudung.
3.    Bahawa sekiranya hukuman ini dilaksanakan maka tiada pasaran kerja di Malaysia kerana kebanyakkan orang Malaysia kudung tangannya.

Alangkah dangkalnya hujah UMNO.  Hujah ini akan membawa mereka yang menyokong UMNO-BN ke neraka.  Sekiranya mulut anda mengatakan kebenaran sedang hati anda berhujah seperti orang UMNO berhujah maka anda adalah munafik.  Tempat munafik ialah di neraka.  Wahai ahli UMNO dan pemimpin UMNO kembalilah kepada Islam dan mengamalkannya.  Janganlah tolak mana-mana hukum Islam.  Ini bukan hudud PAS.  Ini adalah hukum Allah.  Kembalilah kepada politik Islam.  Keluarlah dari UMNO dan mari sertai parti Islam untuk menegakkan Hukum Allah (Hudud dan Qisas)

oleh وان احمد ترمذي


Ingin berbincang? boleh di letakkan di ruangan komen