Nasi Ayam, Awek dan Kahwin?

Posted on August 10, 2010

0


Koff..Koff…

Kalau diimbas kembali komik Dragon Ball Z yang begitu popular di kalangan kanak-kanak satu ketika dahulu, koff…koff… adalah bunyi batuk bagi karakter-karakter di dalam Manga Dragon Ball Z itu, yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.

Batuk, ada pelbagai sebab, mungkin di sebabkan penyakit batuk, cuaca yang panas atau mungkin disebabkan oleh alahan, contohnya alah pada debu atau habuk.

Mungkin sekiranya satu-satu blog itu boleh ‘berhabuk’ akibat terlalu lama tidak di ‘update’, saya kira mesti ada orang yang terbatuk bila ter ‘klik’ pada blog saya.

Masuk hari ini, sudah lebih 3 bulan blog ini tidak dikemas kini. Terlalu banyak isu yang saya ingin mengupas bersama-sama dengan anda, namun terdapat banyak kekangan yang menyebabkan saya tidak mampu untuk berbuat sedemikian.

“Pasni aku nak update blog aku la, dah lama tak update, bersawang-sawang dah”, itu lah antara perkara yang berlegar-legar di dalam otak selepas makan tengahari tadi.

Bercakap berkenaan dengan makan tengahari, hari ini merupakan hari terakhir umat Islam makan tengahari sebelum tibanya bulan Ramadhan al Mubarak yang di jangkakan akan bermula pada esok hari. Banyak gelagat orang ramai yang saya lihat di café tadi sambil menjamah nasi ayam + 2 ketul ayam, ni semua idea mohd hisyamuddin bin ahmad omar yang soh amek 2 ketul ayam. Ada yang makan seperti esok masih bulan syaaban, ada yang makan semakan-makannya, ada yang seakan-akan berpuasa (mungkin sebagai latihan) dan banyak lagi. Itu lah lumrah kehidupan kita.

Namun, itu semua bukanlah benda utama yang saya nak kongsikan pada entri kali ini. Apa yang ingin saya kongsikan adalah berkenaan dengan perbincangan saya bersama dengan 5 orang lagi rakan sekelas saya (lelaki). Kami hanyalah orang yang biasa-biasa sahaja, bukanlah seorang yang agamawan atau pemikir agung. Tapi apa yang kami bincangkan sebentar tadi, bagi saya satu topic yang sangat penting, dan sepatutnya menjadi perbincangan setiap anak muda di dunia ini, khususnya anak muda di Malaysia yang kebelakangan ini seolah-olah telah hilang jati diri sebagai orang Islam.

“Ceh, aku ingat dia gi beli air, rupanya gi duduk kat budak pompuan tuh, nasik da la tak abis lagi”, ujar si Mokhtar B Rithauddeen (Bukan nama sebenar) kepada kami.

Itu adalah merupakan ayat yang telah menjadi titik bermulanya perbincangan kami berkenaan dengan MASALAH SOSIAL YANG KIAN MERUNCING DI KALANGAN ANAK MUDA PADA MASA INI.

Saban hari kita melihat di dada-dada akhbar dan media-media massa, banyak laporan mengenai kerosakan social di kalangan anak muda, penyalah gunaan dadah, jenayah, buang anak, dan banyak lagi yang begitu sekali memualkan, dan yang paling menyedihkan, kebanyakan dari mereka adalah orang-orang Islam dan berbangsa melayu.

Apakah yang tidak kena kepada mereka?

Adakah Islam, yang kononnya menjadi pegangan mereka itu yang menjadi penyebab segala kekusutan ini?

Adakah disebabkan oleh kesan-kesan sampingan banjir di Pakistan?

Atau mungkin di sebabkan oleh tumpahan minyak yang begitu buruk di Gulf Of Mexico?

Oh…tidak…tidak….

Persoalan-persoalan yang sebeginilah yang harus dibicarakan oleh anak muda sekarang ini, dan seterusnya mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah yang sedia ada dari terus berlaku, bukannya asyik dengan perbincangan rancangan-rancangan reality TV, atau asyik dengan perbincangan berkenaan dengan fesyen-fesyen terbaru.

Antara isi perbincangan yang saya rasa sesuai untuk dikongsi bersama adalah berkenaan dengan pergaulan bebas.

“Orang kata , dari mata turun ke hati”, “Cinta itu Buta”, dan banyak lagi perumpamaan cintan cintun yang saya kira boleh menjurus ke arah percintaan yang tidak berlandaskan syariat Islam.

“Weh ko nih, sikit2 Islam, ni zaman moden, ada awek, baru kool”

“Aku ngn dia memang nak kawin bila da abis blaja nanti, skrg ni masa bercinta, normal la”

“A ah, dia awek aku, naper? Ade masalah?”

Oh, ayat-ayat yang sering di dengar bilamana orang-orang yang cuba untuk menasihatkan seseorang yang hangat tahi ayam bercinta. Pedas beb…

Betulkan itu yang di anjurkan oleh Islam?

Hurm…

Biar saya kongsi sedikit persoalan yang saya petik dari buku Bercinta sampai ke syurga, karangan Ust Hasrizal Abdul Jamil, atau lebih dikenali sebagai ust SaifulIslam.com.

Persoalan ini bagi saya perlu dijawab bagi pasangan-pasangan yang bercinta, lebih-lebih lagi yang belum berkahwin. Bacalah, dan soallah diri sendiri…

Kepada Adinda yang kononnya ku cintai….

  1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
  2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
  3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
  4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
  5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
  6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
  7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

Kepada Kekanda yang kononnya ku cintai….

  1. Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
  2. Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?
  3. Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?
  4. Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?
  5. Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?
  6. Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?
  7. Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

Nah, adakah kalian yang tengah bercinta ini hanya memikirkan keseronokan masa sekarang ke atau sudah memikirkan semasak-masak dan sedalam-dalamnya?

Itu belum lagi memikirkan sejauh hari akhirat, apakah balasan kepada hubungan yang menghampiri zina, berdua-duaan, berpegang-pegang peluk-peluk dan banyak lagi perkara yang menjijikkan tidak sedap dipandang.

Ada banyak lagi factor yang menjurus ke arah permasalahan ini yang saya kira tidak perlu untuk saya kupas satu persatu kerana ianya mungkin akan mengambil sedikit masa anda atau anda semua akan bosan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita kembali kepada tiang yang kita semakin jauh darinya, iaitu Islam.

Jadi, saya rasa bersempena dengan bulan ramadhan ini, sama-samalah kita merenung kembali ke dalam diri kita, adakah kita ini betul-betul telah menjadi seorang yang Islam, atau adakah kita hanya Islam pada nama dan IC.

Sama-sama kita renungkan….

“Orang-orang kristian dan yahudi pada ketika ini sama seperti apa yang digambarkan oleh alQuran, dan ini adalah reality, namun orang-orang Islam pula, seolah-olah tersasar dari apa yang disifatkan oleh alQuran, bilakah masanya umat Islam akan menjadi reality, seperti yang di gambarkan di dalam alQuran?”

credit to saifulislam.com