Telinga UMNO BN bisa berasap

Posted on August 23, 2010

0


Bisa, kalau bahasa indonesia, bermaksud boleh (maafkan saya kalau silap), tetapi jika dibawa ke Malaysia, bisa itu di ertikan sebagai benda yang mungkin boleh mendatangkan bahaya dan berkaitan dengan sengatan, sebagai contoh bisa ular yang keluar dari patukan ular atau haiwan-haiwan berbisa yang lain.

perkataan bisa juga sering di gunapakai dalam puisi-puisi, contohnya pada lirik-lirik lagu.

Menurut kamus dewan online:

Kata Takrif Sumber
kebisaan kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu. Kamus Dewan Edisi Empat
bisa II tidak ada halangannya; dpt melaksanakan sesuatu; mampu; dapat: Saya ~ melanjutkan pelajaran saya hingga ke peringkat universiti dgn perbelanjaan sendiri. Kamus Pelajar Edisi Kedua
bisa I 1 zat racun yg terdapat pd binatang dll dan dpt mencederakan atau dpt mematikan benda-benda hidup: Ular itu ditangkap dan kemudian dikeluarkan ~nya. 2 ki sesuatu yg buruk yg dpt merosakkan akhlak dsb: Pengaruh budaya kuning spt itu hanya akan menjadi ~ kpd masyarakat kita. 3 dpt mendatangkan mudarat atau dpt menimbulkan rasa sakit yg amat sangat: Aduh! ~ sungguh duri ini. 4 ki dpt menyakiti perasaan (ttg kata-kata); pedas; kesat: Budak perempuan yg kurus itu memang ~ mulutnya. berbisa 1 mempunyai zat racun: ular ~. 2 ki ada sesuatu unsur jahat dan dpt merosakkan atau menjerumuskan orang lain: Mulutnya ~. Kamus Pelajar Edisi Kedua
bisa II tidak ada halangannya; dpt melaksanakan sesuatu; mampu; dapat: Saya ~ melanjutkan pelajaran saya hingga ke peringkat universiti dgn perbelanjaan sendiri. Kamus Pelajar
bisa I 1. zat racun yg terdapat pd binatang dll dan dpt mencederakan atau dpt mematikan benda-benda hidup: Ular itu ditangkap dan kemudian dikeluarkan ~nya. 2. ki sesuatu yg buruk yg dpt merosakkan akhlak dsb:Pengaruh budaya kuning spt itu hanya akan menjadi ~kpd masyarakat kita. 3. dpt mendatangkan mudarat atau dpt menimbulkan rasa sakit yg amat sangat: Aduh! ~ sungguh duri ini. 4. ki dpt menyakiti perasaan (ttg kata-kata); pedas; kesat: Budak perempuan yg kurus itu memang ~ mulutnya. berbisa 1. mempunyai zat racun: ular ~. 2. ki ada sesuatu unsur jahat dan dpt merosakkan atau menjerumuskan orang lain: Mulutnya ~. Kamus Pelajar
bisa III ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar katup-katup, akar memali, Sphenodesma triflora. Kamus Dewan Edisi Empat
bisa II Id boleh, dapat, mungkin: tenaga masih ~ dipergunakan; saya ~ melanjutkan sekolah; ~ jadi; mana ~ kita menang;sebisanya sedapat-dapatnya;kebisaan kesanggupan, kecekapan. Kamus Dewan Edisi Empat
bisa kawi kekuatan ghaib (spt tulah dsb) yg menimpa orang kerana melanggar adat dsb; Kamus Dewan Edisi Empat
bisa mengabet tahu bertingkah laku. Kamus Dewan Edisi Empat
penawar 1 ubat dll utk menghilangkan bisa, sakit dll. 2 jampi atau mantera utk menawar bisa dll. Kamus Pelajar Edisi Kedua

oh, sangat banyak maksudnya….

pada entri kali ini, saya bukanlah ingin untuk mengulas mengenai perkataan di dalam bahasa melayu, tetapi saya ingin berkongsi satu artikel yang saya kira bisa memanaskan telinga UMNO BN, tidak kira ahli bawahan atau ahli di peringkat tertinggi.

mungkin pepatah cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar (kalau saya tak silap) kena pada orang yang di tujukan dalam artikel tersebut..

jadi, jangan terlampau suka untuk ‘menembak’ orang kerana kalau tersalah tembak, buruk padahnya…

selamat membaca…

Hudud: Noh Omar sekali lagi bodoh

Tak habis-habis juak Umno sorang ni cakap pasal isu agama. Sebelum ini dengan lantang mencabar PAS menutup pusat maksiat di bulan Ramadhan. Namun sikap hipokrit Noh Omar tu telah ditempelak kembali oleh pemimpin PAS.

Mungkin tiada perancangan, Noh main hentam aje. Apa tidaknya, cabarannya terhadap PAS Selangor menampakkan kebodohan dan tembelangnya selama ini yang tidak mengerti agama.

Tiba Ramadhan baru sibuk nak suruh tutup pusat maksiat, padahal maksiat bukan sahaja diharamkan di bulan Ramadhan sahaja.

Pulak tu, pusat maksiat yang diminta tutup tu pun adalah ‘tahi-tahi’ Umno ketika memerintah sebelum ini.

Selepas dicabar balik oleh PAS supaya tutup dulu pusat maksiat di negeri Umno-BN termasuk Genting yang menjadi pusat judi terbesar di Asia Tenggara. Waktu tu barulah Noh merasa bodoh sebab tersilap cabar PAS sehingga terdiam seribu bahasa (tak berani nak tegur negeri Umno yang lain).

//
Invalid Domain Name
Invalid Domain Name//
Change the way you do business with Microsoft BPOS
Change the way you do business with Microsoft BPOS Change the way you do business with Microsoft BPOS
Konon nak tunjuk hero sebab beliau adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Jadi kena ada satu planning nak bagi bos atasnya nampak dia buat kerja. Walaupun sejak akhir-akhir ini namanya terperosok ke bawah kerana cubaan seorang lagi pesaingnya, Khir Toyo untuk jadi glamour.

Riuh kedengaran pula, kehadiran pembelot PKR, Ezam dalam program ‘selamatkan selangor’ telah menenggelamkan nama Noh Omar.

Noh merasa kedudukannya dicabar, maka mulalah musuh politiknya, PAS dinista habisan.

Namun Noh dilihat tidak serik dan tidak mahu belajar dari pengalaman lepas.

Semalam beliau telah menuduh PAS pengecut dengan DAP berkaitan pelaksanaan hukum Hudud.

Dalam Sinar Harian, Noh Omar cuba memperbodohkan dirinya lagi apabila mendakwa Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersandiwara berhubung isu hukum hudud dan meminta menghentikannya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia kerana Pas hanya berani bersuara mengenai isu tersebut tetapi tidak berani melaksanakannya kerana takutkan sekutunya, DAP.

“Dulu, semasa Pas sendirian tanpa PKR dan DAP pun tidak mampu melaksanakan hukum hudud apatah lagi apabila bergabung dengan DAP dan PKR. Sebenarnya Pas takut dengan DAP, tidak berani hendak bercakap,” katanya.

Sah!, memang Noh Omar bodoh.

Hang tak ingat ke buat-buat tak ingat yang menyekat pelaksanaan Hudud di Kelantan tu sape? DAP ke Umno?

Hang yang mengaku beragama Islam tapi bersekongkol dengan parti yang menyekat pelaksanaan hukum Allah (Hudud). Bermakna hangpa lebih jahat daripada DAP.

PAS Kelantan sudah membentang pelaksanaan enakmen hukum Hudud dan sudah pun diluluskan oleh Sultan, tetapi disekat pelaksanaannya oleh kerajaan pusat. Sape kerajaan pusat tu Noh!. Umno yang hang duk cari makan tulah yang halangnya.

Sekarang pandai pulak hang kata PAS tak berani laksana Hudud sebab takut dengan DAP.

Padahal Umnolah yang takut dengan MCA. Terpaksa ikut cakap MCA dan biarkan MCA bermaharajalela sesuka hati.

Umno terpaksa beri lesen baru kepada pengusaha kelab-kelab malam hasil tekanan MCA. Baca kat sini.

Pusat hiburan dan maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan, pusat judi terbesar di Gentang semakin gah. Sape yang bagi lesen tu hah? PAS ke?

Oi Noh!, hang tak berani ke tegur kerajaan BN agar tutup pusat maksiat dan judi tu semua? Ke hang takut dengan MCA?

Sementara itu, seorang lagi yang turut jejak langkah Noh Omar iaitu Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus. Beliau berkata hasrat Pas melaksanakan hudud tidak akan berlaku.

Katanya, hukum hudud hanyalah sandiwara Nik Abdul Aziz untuk meraih sokongan rakyat.

“Lihat sahaja di negeri ini (Selangor), Pas terpaksa bersekongkol dengan DAP untuk menghalalkan penjualan arak, rumah urut, pusat judi dan sebagainya,” kata Shukur.

Woi!, arak, rumah urut, pusat judi kat Selangor tu sape yang dirikan? Hang baru tersedar dari tidur ke ape. Penjualan arak, pusat judi, rumah urut tu semua bukan ada ketika PR memerintahlah. Asal bodoh sangat hangpa?

Bahkan siapa yang benarkan kilang arak (Carlsberg) tu beroperasi di Selangor kalau tak Umno-BN. Dah berapa lama dah kerajaan BN makan hasil cukai arak.

Hang berak tepi jalan pastu tuduh orang lain berak. Tapi silapnya hangpa sebab tak sempat nak basuh berak. Jadi busuk tahi masih lagi lagi melekat kat hangpa. Macamana hang nak tuduh orang lain berak padahal tahi ada kat punggung hang. Bodoh tahap cipan.